019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Alhamdulillah. Maaf kerana lambat menulis laporan tentang HAS Film Fest 1.0 yang diadakan pada 27 September 2015 yang lalu kerana kekangan seperti ketiadaan internet dan juga kekangan kerja kerana kesemua ahli HAS terlalu sibuk menguruskan bengkel filem, memenuhi permintaan sebagai videografer dan fotografer serta memenuhi jemputan talk sejurus selepas selesai penganjuran HAS Film Fest 1.0 oleh HAS Filmmaking Academy!

HAS Film Fest 1.0

Event ini bermula pada pukul 9.30 a.m, dan berakhir sepenuhnya pada pukul 6.00 p.m. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kami terpaksa memulakan slot pertama iaitu “Show Don`t Tell” dengan lambat. Ini kerana kami terpaksa menanguhkan penutupan pintu kerana ramai peserta yang lewat mendaftar. Pintu yang tidak ditutup sepenuhnya menyebabkan backlight kepada layar putih tersebut dan mengganggu sesi tayangan dengan baik. Layar putih itu terpaksa diletakkan di situ kerana kami ingin memastikan ruang tersebut digunakan sepenuhnya dan ianya mampu memuatkan seramai 42 orang peserta HAS Film Fest.

Slot “Show Don’t Tell yang disampaikan oleh Papa Ulwan dan Mama Syeraho mendapat respon positif dari ramai peserta kerana mereka sememangnya tidak menyangka bahawa slot itu wujud. Hal ini demikian kerana ramai di antara peserta yang hanya datang untuk menonton tayangan filem. Slot ini mendapat respon positif kerana ianya membuka minda ramai peserta tentang bagaimana untuk menyampaikan mesej, tanpa banyak berceloteh dan berceramah di dalam pembikinan filem.

Saya betul-betul tidak sangka ada slot ni. Ingatkan datang nak tengok filem je. Banyak benda saya belajar dari event nih! – Nia

enhanced-6044

enhanced-6089

Ucapan dari CEO HASFA iaitu Nazirul dilihat begitu jitu kerana mampu menaikkan semangat juang yang tinggi kepada peserta dalam memberikan. . . ah . . sudahlah. .

Kemudian, festival diteruskan dengan Tayangan Filem Pendek Small Voice arahan Muz Inspire dari IGX. Filem pendek ini banyak menyentuh tentang bagaimana respon kita terhadap pandangan buruk yang sentiasa menjatuhkan semangat kita. Olahan filem yang sangat menarik, mesej yang jelas, dan penggunaan efek seperti slow mo betul-betul menambah perisa kepada mesej dan rasa yang ingin disampaikan oleh pengarah. Secara peribadi, saya agak mengagumi hasil yang ditunjukkan Muz Inspire kerana beliau mampu menghasilkan filem pendek yang kemas walaupun kepakaran beliau dilihat lebih menyerlah di dalam video-video event. Tahniah Muz. We Love You!

enhanced-6119

Seterusnya, festival diteruskan dengan tayangan filem pendek Sampah arahan Amen Naqib yang menduduki tempat pertama di dalam UiTM Film Festival 2015. Slot ini merupakan slot yang sangat patriotik di mana mesej filem pendek itu sendiri menggesa penonton untuk sentiasa saling membantu dan bersatu dan bukannya bersikap saling mencemuh dan melayan bangsa diri seperti sampah, tanpa ada apa-apa usaha dalam menaikkan maruah dan imej bangsa sendiri. Pelbagai respon dan QnA dari peserta-peserta yang rata-ratanya menanyakan kepada beliau tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh kita semua di dalam mengembalikan imej dan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap filem buatan Malaysia. Beliau menegaskan bahawa kemajuan dan kejayaan industri filem bukan hanya terletak di tangan filmmaker, malah terletak di dalam tangan kita semua selaku penonton yang perlu memilih dan menyokong filem-filem yang betul-betul berkualiti. Tahniah anak muda! Moga beliau lebih konsisten dalam menghasilkan filem yang mampu mengubah masyarakat pada masa akan datang!

enhanced-7088

Slot seterusnya adalah sesi tayangan filem pendek Sebelah Sayap arahan Mat Lutfi. Seperti yang anda semua sedia maklum, filem ini sudah lama ditanyangkan di Youtube. Walaubagaimanapun, apa yang kami ingin peserta fokus bukanlah kepada filem tersebut sebaliknya siapa yang berada di sebalik tabir pembikinan filem tersebut iaitu Kak Neollene Ain. Menurutnya, Mat Lutfi ingin mengadakan kolaborasi bersama kru produksi beliau dan filem ini merupakan hasil kerjasama antara mereka. Terdapat beberapa persoalan menarik yang dikongsikan oleh Neollene Ain seperti penggunaan arak tersebut samada halal atau tidak untuk ianya dibeli walaupun ianya bukan untuk diminum. Kak Neollene Ain menceritakan bahawa arak itu adalah arak sebenar yang sangat high dan mempunyai bau yang sangat kuat. Ianya tidak dibeli sebaliknya diberikan sebagai hadiah oleh rakan-rakan non-muslim dalam usaha menjayakan filem tersebut. Menarik bukan? Kadangkala, apa yang berlaku di sebalik tabir lebih menarik berbanding filem yang dihasilkan itu sendiri.

enhanced-7115

Slot tayangan Filem Ain arahan Yazeido menyusul selepas waktu rehat. Filem Ain yang mempunyai rentak yang slow ini, betul-betul membawa audien untuk merasai sendiri pengalaman sebenar yang betul-betul dilalui oleh Yazeid sebelum ini. Jalan cerita yang mudah dan jelas, penggunaan lagu yang tepat sebagai lagu latar, penghasilan shot dan babak istimewa menggunakan slow motion menjadikan filem ini sebagai filem yang sangat authentic dan benar-benar original dengan imej dan stail yang beliau cuba bawakan. Filem ini sangat mendapat sambutan kerana ianya ‘relatable’ dengan kisah-kisah lampau para peserta. Dan of course slot ini antara slot yang sangat meriah kerana peserta sudah mula ‘warm up’. Bila melibatkan chenta ni, siapa tak kecoh?

enhanced-7165

Seterusnya slot highlight event iaitu tayangan Filem This Is My War menjadi penutup festival filem HAS. Memaparkan filem pertama mereka yang penuh dengan aksi dan sarat dengan efek visual, peserta termasuk penganjur benar-benar tercengang dengan hasil yang mereka persembahkan. Mungkin, filem ini sangat jauh kualitinya berbanding filem Hollywood yang selalu kita tonton sebelum ini. Terdapat banyak flaw yang didedahkan sendiri oleh Azfar selaku kepala di dalam pembikinan filem ini. Tetapi, apabila kita mendengar sendiri kisah usaha gigih di sebalik tabir di dalam pembikinan filem ini, anda akan merasa sangat sayang dengan fiem TIMW dan anda akan jatuh hati dengan MTAS. Saya sendiri sangat kagum dengan usaha yang mereka lakukan dalam menyiapkan filem tersebut. Kos filem ini melebihi RM30 ribu tau! Render filem 2 hari pon tak habis! Bukan tak habis, terbakar terus komputer! Slot ini juga banyak menceritakan tentang perkara-perkara teknikal pembikinan filem yang mana ianya mungkin hanya difahami oleh filmmaker sahaja. Walaubagaimanapun, rumusannya mudah. Filem TIMW sangat sukar untuk dihasilkan lagi-lagi oleh filmmaker-filmmaker tahap HAS nih dan tahniah kepada Azfar and da gang!

enhanced-6215

Slot rasmi ditutup selepas tayangan Filem TIMW. Slot tidak rasmi menyusul selepas solat Asar di mana tayangan filem-filem pendek dari filmmaker baru seperti Tayangan filem pendek Hijrah arahan Ali Imran, filem pendek Nasuha yang disunting oleh Shira Sulaiman, filem pendek My House Tour arahan Cak ditayangkan melalui laptop di dalam sebuah sesi tayangan yang santai.

Filem pendek Hijrah iaitu filem pendek sulung arahan Ali Imran adalah antara filem pendek yang betul-betul diadun dengan sangat baik dan kemas di antara transisi shot, komposisi shot, stail shot, warna, lagu latar dan monolog. Filem pendek yang sememangnya pendek ini mempunyai penutup yang menimbulkan seribu satu pertanyaan dan persoalan tentang konsep Hijrah yang cuba diketengahkan oleh beliau. Pada pendangan saya, filem pendek ini sangat berjaya dari aspek penyampaian mesej dan saya mengharapkan lebih beliau menghasilkan lebih banyak karya yang berkualiti pada masa akan datang!

Filem pendek Nasuha pula merupakan filem pendek arahan Nazirul Haziq yang disunting oleh Shira Sulaiman iaitu salah seorang ahli dari komuniti HASFA. Filem ini dihasilkan sebagai satu latihan follow up oleh pihak Academy bersama Shira Sulaiman selepas bengkel yang disertai bagi memberikan beliau satu exposure tentang bagaimana ingin menghasilkan filem bermula dari menulis skrip sehingga editing. Filem ini merupakan filem kedua komedi arahan Nazirul Haziq selepas filem pendek Sahabat.

Filem pendek My House Tour arahan Cak benar-benar lain daripada yang lain. Di dalam filem ini, tiada mesej yang ingin disampaikan melainkan rasa seram dan rasa tidak selesa semasa menonton filem pendek ini. Jalan cerita yang berulang-ulang tetapi menampilkan perubahan setiap kali babak tersebut diulang benar-benar mengundang rasa lain macam semasa menonton. Saya boleh katakan filem pendek ini adalah filem pendek yang menyeramkan walaupun tiada imej hantu atau shot hantu muncul secara tiba-tiba dimasukkan di dalam filem pendek ini. Mungin anda boleh menonton filem ini sendiri?

Kesimpulan :

Kehadiran seramai 42 peserta festival termasuk pihak penganjur benar-benar membuktikan bahawa komuniti filmmaker dan kaki filem yang mempunyai visi dan misi wujud. Setiap di antara kita inginkan perubahan di dalam dunia pefileman tanah air. Festival pada kali ini mungkin banyak kelemahan. Sebagai contoh, filem yang ditayangkan adalah filem-filem yang telah dimuatnaik di laman media sosial. Walaubagaimanapun, apa yang kami tekankan di dalam festival ini bukanlah tentang tayangan filem, sebaliknya apa yang kita mahu fokus adalah pembinaan komuniti dan juga geng-geng filmmaker dan peminat filem yang akan sentiasa berada di sisi memberikan sokongan dan dorongan kepada filmmaker indie untuk sentiasa memberikan yang terbaik di dalam berkarya. Ini kerana komuniti juga memainkan peranan yang penting dalam mencorak dunia perfileman pada masa kini. Sekiranya komuniti seperti ini tiada? Siapa lagi yang akan menyokong dan menonton filem HAS dan juga filem hasil filmmaker-filmmaker lain?

Berikut merupakan luahan perasaan dan review peserta HAS Film Fest 1.0 :

  1. “Everything Superb! God Bless” – Faiz Fadillah
  2. “Sy sangat2 mnghrgai ape yang HAS dah bg dan kongsi mse fest 1.0 tu. Gembira tak terkata! Hmm.. untuk penambahbaikan, utk film fest yang akan datang, boleh buat kat hall y selesa skit. Hihihihi. . . .Tp oklaaa. . Sbb takdelah formal sangat. . . Santaii je. . .Saya suka! Lagi. . .Untuk masa. Timer tu boleh baiki skit kut. . .Cth utk stiap seorng y bcakap kat dpn bg dlm 10-15 min ke. . . Tp tak tau lar kan. . Bg sy kne hadkan la. . Lagi. . . nak tanya? Errr. . HASFA ada prkhidmatan photograph tak? Sy brminat utk mnjd photographer. . hehe. . Oh lagi satu, Rotiboy sangat sedapppp! Thats my fav food! Oh lagi satu. Semoga HASFA akn terus maju kehadapan dgn usaha2 y dilakukan selama ni. Semoga ukhwah dan perjuangan kita tak terhenti di sini. Semoga apa yang dimatlamatkan oleh HASFA akan tercapai. Amiiin. . Oh Tapi ingat satu ni… Saya sentiasa menyokong ahli2 perfileman indie walau dimana kau berada in sha allah” – Fatimah Az Zahra
  3. “Semuanya memuaskan sebenarnya. Cuma harapan untuk nex film fest, dok atas kusi, haritu ada adik sorg ni dok bersila bosak2 walaupun pmpuan. Ohh next time includekan makanan. Bayar lebih tak pa, nak makanan! haha” – Azme Rahmat
  4. “Terima kasih. All in all program terbaik n santai. . . biaselah 1st time buat akan ada kurang skit..Insyaallah klu ada lgi nnti akan join…rugi skit x dpt join sampai habis – Arif Apandi

Kami memohon maaf di atas kekurangan dari pihak penganjur HAS Film Fest. Nasib baik Rotiboy yang diberikan masih panas untuk dimakan. Teruskan menyokong kami! Jom bersama komuniti HASFA dalam memeriahkan dunia perfileman tanah air! Jumpa lagi pada Festival Filem HAS yang seterusnya! Oh ya! Terima kasih yang tidak terhingga kepada team HFF iaitu Afiq Sazlan, Safura Zamri, Ali Imran, dan Amen Naqib dalam menjayakan festival filem ini! Terima kasih juga kepada Cak, Faiz, Hafiz Hais, Muz, dan Farhan kerana menolong kami mengemas dan membuat persiapan festival malam sebelumnya. Terima kasih kepada Imanshoppe kerana menaja tempat bagi penganjuran festival. Terima kasih juga kepada Printzilla House kerana menaja poster, sticker kereta, dan cop beg goodie kepada HAS Filmmaking Academy!

Bagaimana dengan pendapat anda? Apa pendapat dan review anda selaku peserta? Apakah yang anda harapkan pada festival filem seterusnya? Apa harapan anda kepada HASFA dan komuniti secara umumnya?

Rotiboy!

Rotiboy di dalam beg goodies yang ohsem!

Antara peserta yang sangat proaktif dan disayangi Ulwan

Antara peserta yang sangat proaktif dan disayangi Ulwan

Slor QnA dan Poster Filem Saiz A3 sebagai hadiah!

Slor QnA dan Poster Filem Saiz A3 sebagai hadiah!

Article written by : Nazirul Haziq | HASFA CEO

#akukakifilem

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi