019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Alhamdulillah. HAS Cinema 2.0 (Hunger Games : Mockingjay Part 2) telah dijalankan dengan jayanya pada 21 November (Sabtu) yang lepas di GSC NU Sentral. Event ini disertai oleh 77 orang peserta (full house) dan sebuah dewan panggung wayang berkapasiti 77 orang berjaya ditempah untuk menjayakan program ini. Sesi tayangan bermula pada pukul 10.40 dan berakhir pada 1.00 petang. Sesi bedah filem dimulakan sejurus selepas kredit filem tamat.

HAS Cinema 2.0

2 slot bedah filem berjaya dilaksanakan. Slot pertama adalah slot bedah dari aspek sejarah yang disampaikan oleh saudara Fauzan. Filem Hunger Game mempunyai satu filosofi yang sangat menarik untuk dikaji kerana ianya mempunyai kaitan rapat dengan politik dan sosial dalam dunia realiti.

Di sini saya nyatakan pelajaran penting yang berjaya dibedah bersama-sama Fauzan :

12295504_916156108472942_4679332285803231392_n

Slot bedah Hunger Game bersama Fauzan

Realitinya, sejarah akan berulang sekiranya manusia tidak belajar. Lihat apa yang cuba dilakukan oleh Presiden Coin apabila Capitol berjaya dijatuhkan. Presiden Coin bertindak melantik dirinya sendiri sebagai presiden interim panem tanpa persetujuan pemimpim panem lain. Beliau berpendapat bahawa untuk meredakan kemarahan penduduk panem yang dipendam lama semasa pemerintahan kejam Capitol, Hunger game perlu dijalankan dengan mengambil kanak-kanak dari Capitol pula untuk dijadikan sebagai ‘tribute’ atau korban. Apa yang menarik tentang insiden ini?

Apa yang membezakan ahli revolusi dengan pemerintah yang kejam sekiranya ahli revolusi itu sendiri melakukan perkara kotor yang sama dengan pemerintah yang kejam? Ironi bukan? Kesemua penduduk panem bersetuju untuk bergabung melawan kekejaman dan penindasan Capitol. Apabila ahli revolusi menang, mereka ingin mengulangi apa yang telah dilakukan Capitol terhadap Panem dengan menganjurkan Hunger Game yang sama. Kitaran kebencian tidak akan lenyap, dan sejarah akan tetap berulang sekiranya mereka tidak belajar dari kesilapan yang dilakukan.

Adakah pasti bahawa penindasan yang dikenakan akan berakhir apabila bertukar pemimpin dan pimpinan? Owh no. . .

Kebersamaan di dalam politik. Setiap pihak mempunyai agenda tersembunyi. Di dalam Hunger game 4, kita dapat lihat bahawa Presiden Coin sebenarnya mempunyai matlamat untuk menjadi presiden, dan bukannya untuk menamatkan pemerintahan zalim oleh Capitol. Beliau mempunyai agenda yang tersendiri di dalam memimpin ahli revolusi. Setiap panem dilihat bersatu untuk menjatuhkan Capitol. Apabila capitol berjaya dikalahkan, akan bermula satu fasa kosong (interim) yang mana tiada pemerintah untuk memberikan arahan dan memimpin. Di sinilah belang pihak-pihak yang mempunyai agenda ditunjukkan. Dengan melantik diri sendiri sebagai presiden, Coin dilihat ingin mengambil alih secara total dan menjalankan pemerintahan diktator dan bukannya demokrasi seperti yang dipersetujui.

Snift Snift. Ada bau yang agak sama dengan realiti pada hari ini bukan? Apabila kemenangan hampir dicapai, masing-masing sudahpun berebut kuasa.

Perkara yang sama dilihat dalam aspek sejarah. Umno, Komunis, MPAJ dan banyak lagi dilihat menentang musuh yang satu iaitu British. Walaubagaimanapun, setiap di antara mereka pasti mempunyai agenda dan matlamat sendiri yang ingin ditegakkan apabila beroleh kuasa. Setiap di antara mereka mempunyai ‘cara’ yang dirasakan betul.

Slot kedua pula diisi oleh Ali Imran. Menyentuh simbolisme sebagai aspek utama untuk dibedah :

HAS Cinema 2.0

Mengapa simbol 3 jari? Di dalam cerita ini, 3 jari itu menandakan terima kasih, atau seseorang itu memang disanjungi. Semasa Katniss mengambil alih tempat adiknya, Mereka menunjukkan simbol ini sebagai tanda selamat berjuang. Namun, setelah Katniss menjadi popular di Capitol, simbol ini digunakan apabila Katniss berada di mana-mana district. Tambahan pula, rakyat tidak dibenarkan bersuara apabila berada di dalam mana-mana perhimpunan yang dijalankan.Oleh itu, apa yang mampu dilakukan oleh rakyat Panem adalah menunjukkan simbol tiga jari.

Simbol ini digunakan bagi menunjukkan sokongan dengan mesej selamat berjuang dan kami akan bersama-sama anda. Di dalam mana-mana perjuangan sekalipun, simbol menunjukan satu azam dan tekad yang serius yang mana ianya hanya boleh ditunjukkan sekiranya anda faham, dan anda bertekad untuk bersama-sama berjuang. Ini kerana hanya dengan menunjukkan imbol tersebut, anda boleh dihukum mati oleh Capitol melalui Peacekeeper. Ahli revolusi faham risiko yang mereka hadapi, dan mereka faham yang simbol itu merupakan simbol pemberontakan terhadap kekejam Capitol, dan mereka bersedia untuk mati.

Realitinya, kita dapat lihat pelbagai simbol yang dilihat sangat menonjol di dalam sejarah pemberontakan, peperangan, ideologi dan banyak lagi. Simbol 4 jari? Tahukan anda simbol bagi pihak Nazi Jerman? Itu hanya 2 contoh.

Mengapa Mockingjay? Mockingjay- adalah kacukan Mockingbird dan Jabberjay. Di Capitol, mereka menjalankan satu eksperimentasi mutant, iaitu gabungan genetik spesis haiwan yang berbeza dan mockingjay ditugaskan untuk merisik pergerakan musuh dan rakyat, dan memberi informasi tentang musuh. Walaubagaimanapun, apa yang berlaku ialah, mockingjay memberi maklumat yang salah kepada capitol, dan menganggap burung sebagai pengkhianat.

Di dalam filem Hunger Game 1, ikon burung ini sangat signifikan. Mengapa? Di dalam filem Hunger game, siulan burung ini pasti akan disambut oleh burung Mockingjay yang lain. Siulan yang sama dilakukan oleh Rue (Hunger Game 1) disambut oleh bukan seekor, tetapi kesemua burung Mockingjay yang ada di sekitar. Pada saya ianya merupakan satu simbol yang sangat signifikan dan kuat di dalam pergerakan ahli revolusi. Katniss dan Peeta yang berjaya melawan sistem yang ditetapkan oleh Hunger Game. Mereka berdua memutuskan untuk memakan beri beracun kerana tidak mahu membunuh satu sama lain. Ini menjadi satu bunga api yang mencetuskan peluang dan harapan kepada penduduk panem untuk bangkit menentang Capitol. Seruan pemberontakan disambut oleh kesemua Panem sama seperti sambutan siulan burung Mockingjay.

Banyak lagi aspek dan butiran lanjut yang boleh dibedah semasa sesi HAS Cinema 2.0. Kami dari pihak penganjur akan menambahbaik slot bedah filem pada penganjuran HAS Cinema 3.0 (Star Wars) dan HAS Cinema 4.0 (Ip Man3) insyaallah. Terima kasih kepada mereka yang hadir memberi sokongan dalam penganjuran HAS Cinema pada kali ini. Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang penyertaan HAS Cinema 3.0 dan 4.0 pada bulan Desember 2016 nanti!

HAS Cinema 2.0

#weeducate

#hascinema

Jom didik diri kita untuk menonton dan belajar melalui filem! Oh ya! Bagaimana dengan pendapat anda tentang filem ini? Adakah anda belajar sesuatu dari filem tersebut?

Article written by : Nazirul Haziq | HASFA CEO

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi