019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

http://https://www.youtube.com/watch?v=bLhHQLC7fHQ&feature=youtu.be

Alhamdulillah, HAS Film Fest telah dijalankan dengan jayanya pada 6 Februari (Sabtu) bertempat di Kota Buku, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Program ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang. Berikut merupakan laporan rasmi festival filem anjuran HAS Filmmaking Academy!

1

2

3

4

5

Semua peserta dan pihak penganjur termasuk filmmaker jemputan berjumpul di KL Sentral pada  pukul 8 pagi bagi memudahkan urusan kerana ramai di antara peserta yang tidak pernah ke Kota Buku. Setelah berkumpul di KL Sentral, kami terus ke Kota Buku menaiki KL Monorel dan berhenti di Stesen Monorel Medan Tuanku, berdekatan Quill City Mall. Sesi pendaftaran bermula pada pukul 9 pagi. Kemudian, sesi ‘ice breaking’ dan taaruf di adakan. Sesi ini sangat penting agar setiap di antara peserta merasa selesa dan tidak kekok untuk bersama-sama kami sepanjang hari. Sesi taaruf ini dikendalikan oleh Farizuan, Ulwan dan Nazirul Haziq.

6

7

8

Terdapat ramai filmmaker dan orang hebat yang menyertai festival ini, antaranya Ainul Farihah yang merupakan penulis novel antaranya Novel Vahaen : Satu Cerita dan Novel berjudul Lilin. Nur Afirah yang merupakan penulis skrip drama juga hadir. Banyak karya-karya beliau mendapat tempat di stesen televisyen, antaranya drama Wadi di dalam slot Zehra. Nama beliau juga pernah dicalonkan di dalam anugerah skrin! Festival ini juga dihadiri oleh artis-artis dari Lukis2 Academy seperti Azme dan Ain. Tidak lupa juga filmmaker muda yang berbakat seperti Yazeido dan Amen Naqib juga hadir untuk bertemu dengan komuniti filmmaker ini. Ramai juga pelajar lepasan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan juga guru mereka yang hadir sebagai peserta festival filem HAS.

9

10

11

Selepas ucapan pembukaan oleh CEO HASFA iaitu Nazirul Haziq, slot 1 dimulakan dengan tayangan Filem Pendek Masa Tambahan arahan Nabil Zulkifli dari Sekkito Production. Menampilkan sebuah filem pendek berdurasi 4 minit, filem ini berjaya menyampaikan intipati utama mesej dengan cara yang sangat lancar, dan kemas.

12

13

Kemudian, sesi ke-2 diteruskan dengan tayangan Filem Pendek Curi arahan Aliff Ihsan. Filem pendek ini merupakan antara filem pendek yang menekankan unsur politik di dalam mesej yang ingin disampaikan. Banyak perkara yang dikongsikan sendiri oleh Aliff Ihsan tentang apa yang berlaku di dalam industri filem tanah air. Beliau juga menekankan tentang industri tanpa tv yang mana, ramai penggiat filem amatur dan juga profesional menghasilkan karya mereka di dalam saluran selain tv dan wayang seperti youtube, dan festival-festival filem indie mahupun tidak.

14

15

Sesi seterusnya diteruskan dengan tayangan filem pendek Ariff arahan Farah Syikin aka Farasye. Menampilkan sebuah filem pendek bergenre thriller, filem ini mendapat tempat di hati penonton kerana penyampaian yang benar-benar memberikan kesan. Elemen thriller yang sangat kemas dari sudut visual dan audio membuktikan bahawa Farah Syikin mempunyai sudut pandang yang kreatif dan kritis di dalam menghasilkan filem. Filem sulung beliau ini merupakan satu bukti bahawa wanita juga mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki di dalam penghasilan filem, mahupun industry seni yang lain.

16

17

Sesi pertama ditamatkan dengan slot ke-4 tayangan filem pendek RM500 arahan Ulwan Mokhtar. Filem ini merupakan antara filem pendek yang mempunyai elemen seni yang sangat tinggi kerana beliau mengambil pendekatan berbeza di dalam aspek teknikal, dan juga aspek suntingan video. Menjadikan filem Birdman dan The Aviator sebagai inspirasi dan rujukan, filem pendek ini ternyata memberikan faktor ‘wow’ kepada audien kerana meereka didedahkan dengan kepelbagaian cara tentang bagaimana untuk menghasilkan cerita dan filem yang hebat.

18

Makan! Alhamdulillah, para peserta begitu teruja untuk menikmati Nasi Ambeng yang ditempah khas dari Nasi Ambeng Express. Makanan tradisi Johor ini menjadi pilihan penganjur kerana ianya sangat memuaskan dengan harga yang sangat berpatutan. Kerisik kelapa yang disediakan benarbenar menjadikan Nasi Ambeng ini cukup rasa dan perisa!

19

20

Usai solat zohor dan rehat, festival filem diteruskan dengan PREMIERE filem pendek Merpati Pulang iaitu filem pendek rasmi bagi promosi Pesta Buku 2014. Filem ini merupakan filem yang dihasilkan oleh kumpulan produksi MTAS (Mr The All Shared) dan juga Aliff Ihsan dari Pintu Pictures.

21

Seterusnya, festival diteruskan dengan tayangan filem pendek bebas. Antara filem pendek yang dihantar oleh peserta termasuk ‘Jadilah Seperti Rasyid’, karya Umar Ammar. Beliau merupakan antara filmmaker paling muda yang mula berkarya di sekolah menengah. Beliau merupakan pelajar Tingkatan 2, tetapi telah menghasilkan banyak video dan filem pendek. Adik Umar dilihat mempunyai potensi yang tinggi dan kami sentiasa menantikan perkembangan beliau pada masa akan datang.

22

Slot bebas ini juga diisi dengan Filem Pendek Luar Kotak dari kumpulan VBH (Vector Black Hole) yang ditubuhkan oleh pelajar lepasan SPM Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah tahun 2015. Filem pendek ini merupakan antara karya yang memperlihatkan betapa generasi baru ini begitu ‘advanced’ kerana berkarya pada usia yang muda, dan mempunyai visi dan misi untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat!

23

Slot bebas ditutup dengan Filem pendek arahan Nazirul Haziq iaitu Taubat 2 Pencuri. Filem pendek ini merupakan satu kritikan oleh Nazirul Haziq terhadap masyarakat yang menetapkan SOP kepada penghasilan filem pendek atau video yang dikatakan ‘islamik’.

Slot ke-5 menjadi slot highlight di dalam HAS Film Fest 2.0. Menampilkan sebuah filem pendek arahan Faiz Fadillah iaitu Siapa, filem pendek ini sangat dipuji oleh Aliff Ihsan selaku filmmaker profesional yang hadir di dalam festival filem ini. ‘Bakat’ merupakan perkataan yang paling tepat untuk beliau kata Aliff Ihsan kerana filem pendek yang dihasilkan ini mempunyai ‘flow’ yang sangat lancar. Filem pendek ini juga menggabungkan youtubers yang hebat seperti Aisyah Shakirah, Amen Naqib dan Nazirul Haziq. Antara faktor kejayaan filem pendek ini juga adalah kerana penglibatan youtubers lain yang turut serta sebagai kru produksi seperti Ulwan Mokhtar dan juga Muz Inspire.

24

25

HAS Film Fest berakhir tepat pada pukul 4 petang. Masa selebihnya digunakan untuk sesi engagement bersama para peserta dan komuniti. Oleh kerana matlamat penganjuran HAS Film Fest oleh HAS Filmmaking Academy adalah pembinaan sebuah komuniti, maka sesi ini merupakan sesi yang paling penting untuk berkenalan dengan para peserta, menjalinkan silaturrahim dan bermesra agar komuniti HAS sentiasa berkembang pada masa akan datang.

26

Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan mendokong penganjuran program pada kali ini. Terima kasih kepada Printzilla House yang menyediakan banting dan juga poster. Terima kasih kepada Nasi Ambeng Express kerana menyediakan Nasi Ambeng yang sangat sedap dan ohsem! Terima kasih kepada Kota Buku yang juga menyediakan lokasi dan ruang bagi HAS Film Fest menjayakan festival filem ini!

Maaf di atas segala kekurangan kami dari pihak penganjur. Segala maklum balas, kritikan dan cadangan penambahbaikan boleh diberikan kepada kami melalui Facebook Page : HAS Filmmaking Academy, atau melalui email iaitu thehasfa@gmail.com!

Laporan disediakan oleh : Nazirul Haziq | CEO HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi