019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Alhamdulillah, pada 12 Mac 2016 (sabtu) yang lalu, HAS Filmmaking Academy telah dijemput oleh MPP Unisza untuk menganjurkan bengkel perfileman Zero to One sampena Temasya Filem Pendek Unisza 2016 (Temasya ’16). Temasya ini merupakan program anjuran MPP Unisza dengan kerjasama HAS Filmmaking Academy di mana ianya merupakan satu pertandingan pembikinan filem pendek berdurasi 8-15 minit. Pertandingan filem pendek ini berlangsung pada bulan Mac dan April dan ianya disertai oleh 17 produksi dari 9 fakulti di Unisza. Pada hemat kami, ianya merupakan satu program yang sangat ohsem kerana penglibatan produksi dari pelbagai fakulti bermakna kita akan melihat hasil video yang sangat pelbagai dari segi mesej dan penyampaian.

Bagaimana ingin menjadikan pertandingan filem pendek ini menarik?

Pertandingan filem yang berprestij sudah tentu menampilkan hasil peserta yang mempunyai kualiti yang tinggi. Mengapa kita melihat anugerah Oscar sangat mahal? Kerana filem-filem yang dicalonkan juga mempunyai harga yang sangat mahal, bukan semata-mata dari segi kos, malah dari segi mesej, teknikal dan juga nilai seni yang ditampilkan. Oleh sebab itu, pihak penganjur mengambil langkah yang sangat bijak dan matang kerana peserta bukan semata-mata disediakan platform untuk berkarya, malah para peserta dibina, digarap dan diasah untuk menjadi pembikin filem yang berkualiti melalui penganjuran bengkel filmmaking yang dikelola oleh HAS Filmmaking Academy. Dengan penyertaan bengkel ini, peserta akan didedahkan tentang bagaimana untuk menghasilkan filem pendek yang berkualiti dari segi teknikal mahupun penyampaian.

Jpeg

gambar 2

gambar 3

Pendapat kami tentang peserta bengkel?

Sejujurnya, saya lihat, peserta bengkel pada kali ini mempunyai satu set pemikiran yang sangat kreatif dan kritis. Ini kerana mereka mampu mengolah skrip yang diberikan dan menyampaikan mesej utama dengan sangat kreatif dan kritis. Walaupun pada awalnya, mereka dilihat agak ‘beku’ tetapi selepas beberapa minit sesi ‘ice breaking’, mereka mampu bekerjasama dengan baik dan menghasilkan filem pendek yang berkualiti.

Jpeg

Jpeg

gambar 6

Mereka juga cepat tangkap semasa sesi pembelajaran. Terdapat beberapa peserta juga yang dilihat sudah biasa menghasilkan filem pendek atau video yang saya kira, akan menambah nilai kepada produksi yang disertai oleh mereka. Apa yang paling saya suka tentang pelajar Unisza adalah bagaimana mereka begitu semangat untuk bertanya. Bukan semata-mata meminta tunjuk ajar dari segi editing, tetapi turut meminta pendapat dari kami tentang pembikinan filem pendek secara keseluruhan.

gambar 7

gambar 8

gambar 9

gambar 10

gambar 11

Sesi malam diisi dengan slot talk ‘Film Studies bersama HASFA’ yang juga disampaikan oleh Master Trainer kami iaitu Ulwan Mokhtar dan juga CEO HAS Filmmaking Academy iaitu Nazirul Haziq. Sesi talk ini dijalankan secara santai, tetapi sangat berilmiah sehinggakan kami sendiri sangat relaks dan terasa santainya. Pada malam tersebut, kami banyak menayangkan filem pendek HASFA beserta slot bedah filem dan  perkonsian selepas setiap tayangan filem pendek yang ditonton. Filem pendek RM500 arahan Ulwan Mokhtar, Filem Pendek Siapa arahan Faiz Fadillah, Filem Pendek Jadilah Seperti Aisyah, Sahabat, dan Jantan tetap jantan arahan Nazirul Haziq menjadi pilihan. Sambutan sangat menggalakkan pada malam tersebut kerana ramai yang hadir. Sejujrunya kami sangat gembira dengan sambutan yang diberikan. Apa yang menarik, banyak juga perkongsian yang diberikan oleh pelajar Unisza sendiri yang hadir. Banyak perkongsian yang diberikan berkenaan filem pendek yang kami tayangkan dan apa yang kami lihat, pelajar yang hadir sebenarnya mempunyai mata seorang anak seni. Jujur, kami boleh katakan yang mereka ini lain dari yang lain dan ini membuatkan kami sangat sayang kepada Unisza. Kami minat filem, dan kami berjumpa pelajar Unisza yang bukan sahaja gila filem, tetapi juga sukakan seni, dan mempunyai pemikiran yang sangat kreatif dan kritis dalam menyampaikan seni.

gambar 12

Di akhir sesi, kami banyak beramah mesra dengan peserta, berkongsi pendapat, dan bertukar idea tentang pembikinan filem pendek. Kami agak terkesima juga dengan pelajar dari fakulti ‘International Relations’ kerana melalui perbincangan kami bersama mereka, mereka akan menghasilkan filem pendek aras tinggi kerana mereka akan menyentuh isu-isu sosial. Isu apa? Jom nantikan hasil mereka! Tema pertandingan adalah ‘Ekspresi Pewaris Legasi’!

gambar 13

Oh ya! HAS Filmmaking Academy akan menjadi juri bagi pertandingan filem pendek ini. Sejujurnya kami sangat teruja dengan hasil yang akan mereka berikan kerana kami menjangkakan saingan yang sangat sengit.

Terima kasih kepada Majlis Perwakilan Pelajar Unisza yang menjemput kami dalam menjayakan Temasya Filem Pendek Unisza 2016. Sambutan yang sangat mesra dari mereka terutamanya dari Puteri Nuraina selaku Exco Kebudayaan yang menemani kami dari awal sehingga kami pulang ke KL. Bukan sahaja bertindak sebagai penganjur, tetapi juga sebagai penyambut tetamu, duta Unisza, pemandu pelancong dan juga seorang rakan dan sahabat yang sangat mesra dan gelak kuat! Semoga berjaya di dalam penganjuran Temasya pada kali ini! Kami sentiasa berada di belakang anda!

gambar 14

Proses mendidik masyarakat bukannya suatu perkara yang mudah kerana ianya mengambil masa yang sangat lama. Oleh itu, penting bagi filmmaker sendiri untuk tampil menjadi penggerak di dalam mendidi masyarakat kerana filem yang dihasilkan adalah refleksi masyarakat itu sendiri. Jom mendidik masyarakat melalui filem, dan jom menjadi filmmaker yang mendidik masyarakat!

Jpeg

 

‘We Educate’

HASFA

Laporan disediakan oleh : Nazirul Haziq CEO HAS Filmmaking Academy.

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi