019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

 

 

Alhamdulillah, pada 15 Mac yang lalu, HAS Filmmaking Academy dijemput untuk mengadakan bengkel filmmaking Zero to One anjuran Permedia UUM dari Fakulti Teknologi Media UUM. Mereka memilih modul filmmaking Zero to One untuk mempelajari dari asas tentang bagaimana ingin menghasilkan filem pendek bermula dari menulis skrip, menyediakan storyboard, shooting dan seterusnya menyunting video dengan menggunakan Sony Movie Studio. Kebanyakan dari mereka pada pemerhatian kami sudahpun melepasi fasa ‘noob’ atau ‘baru nak belajar’ kerana apa yang anda boleh jangkakan lagi dari pelajar teknologi media? Sebahagian daripada mereka telah banyak membuat video-video assignment, atau terlibat di dalam bidang videografi dan fotografi perkahwinan, dan banyak lagi. Ada juga peserta yang hadir dari fakulti lain seperti Fakulti Perakaunan. Apa yang menarik, kami menerima peserta sulung kami yang berbangsa Cina iaitu Yen dan juga seorang pelajar dari Sudan yang bernama Mehmed! It is time for Master Trainer to sharpen his Al-Lughatul Arabiyyah and his English Language. Cuma, beliau ada sedikit kesukaran untuk membaca skrip kerana skrip di dalam Bahasa Melayu dan bukan Inggeris.

 

FRO

FRO

FRO

 

Seperti biasa, bengkel dimulakan dengan pembelajaran skrip dan penyediaan storyboard. Peserta diasingkan mengikut kumpulan, dan mereka bekerjasama untuk menterjemah skrip yang diberikan ke dalam bentuk video. Mereka dibenarkan mengolah skrip mengikut kreativiti, asalkan tidak lari dari mesej asal skrip tersebut.

 

Jpeg

Jpeg

Jpeg

Jpeg

 

Kemudian, rehat dan makan! Nasi ayam memang win sebab warna nasinya yang sangat kuning dan membuka mata. Sesi petang diisi dengan sesi suntingan video menggunakan perisian yang disediakan oleh pihak HAS Filmmaking Academy. Sesi ini berjalan dengan lancar kerana sekurang-kurangnya, ramai di antara mereka yang pernah menyunting video. Terima kasih kerana meluangkan masa anda, untuk anda juga! Moga menjadi cemerlang di dalam bidang yang anda ceburi ini!

 

Jpeg

Jpeg

 

Pemerhatian kami, peserta sudahpun melepasi peringkat teknikal asas penghasilan video dan filem. Cuma, mereka perlu meletakkan usaha untuk explore sisi seni, komposisi, dan penceritaan pula di dalam pembikinan filem pendek.

 

Jpeg

 

Sesi malam adalah sesi yang paling menyeronokkan di dalam sejarah saya sendiri memberikan pengucapan awam. Walaupun peserta tidak ramai, ‘engagement’ peserta menjadikan sesi malam teramat-amat meriah. Ia menjadikan sesi Open Talk Film Studies bersama HASFA ini menjadi rancak kerana ianya adalah interaksi 2 hala antara pihak HASFA sebagai speaker, dan peserta. Mereka sangat terbuka dan berani mengeluarkan pendapat, aktif di dalam menjawab soalan-soalan yang kami berikan, dan berfikiran kreatif dan kritis semasa menilai filem pendek yang ditayangkan.Walaupun sesi malam ini sangat santai, tetapi banyak input yang dapat kami pelajari bersama kerana setiap di antara peserta mempunyai pandangan yang berbeza-beza kerana berlainan latar belakang.

 

FRO

Jpeg

Jpeg

FRO

Jpeg

Jpeg

 

Esoknya, kami pulang. .  Apa yang membuatkan kami rasa berat untuk pulang adalan kerana chicken chop yang murah dan sedap, internet percuma yang sangat laju di seluruh kawasan UUM, dan sudah tentu pelajar UUM yang mesra! *tetapi tetap nombor 3 berbanding chicken chop dan internet percuma.

 

Terima kasih di atas jemputan. Kami memohon maaf di atas sebarang kelemahan. Segala cadangan dan kritikan untuk penambahbaikan amat digalakkan untuk meningkatkan kualiti servis, dan penganjuran bengkel kami lagi pada masa akan datang!

 

FRO

 

 

‘We Educate’

HAS Filmmaking Academy

 

Artikel ditulis oleh : Nazirul Haziq | CEO HASFA

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi