019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

HAS Film Fest 3.0

Pada 28 Mei 2016 yang lalu, HAS Filmmaking Academy telah menganjurkan Festival Filem HAS 3.0 di Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama WADI Malaysia dan juga Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebanyak 5 filmmaker Utama yang dijemput untuk menayangkan filem pendek mereka dan seterusnya memberikan perkongsian di dalam sesi Q&A bersama penonton. Sesi selingan bersama filmmaker di kalangan peserta juga menjadikan festival filem pada kali ini lebih merian kerana ‘engagement’ yang lebih mesra sesama penganjur, filmmaker, dan peserta.

HAS Film Fest 3.0

HAS Film Fest 3.0 merupakan satu program penting yang kami lanjurkan untuk mendekati remaja, dan belia yang berminat untuk menceburi bidang perfileman walaupun mereka ini mempunyai alat dan sumber yang terhad. Mereka ini merupakan individu yang perlu diraikan, dan diberikan sokongan di dalam bentuk sumber dan latihan supaya mereka ini dapat bergerak lebih jauh di dalam bidang yang mereka ingin ceburi ini. 3 penggiat filem pendek yang menjadi speaker pada festival filem kali ini merupakan graduan yang telah menyertai bengkel HAS Filmmaking Academy, dan mengambil bahagian di dalam projek-projek filem pendek yang kami anjurkan kerana kami yakin bahawa pembelajaran yang paling berkesan memerlukan sesi teori dan praktikal. Melalui festival ini, mereka dapat menunjukkan hasil yang dipelajari bersama kami, dan berkenal-kenalan dengan komuniti penggiat filem amatur atau profesional, ‘indie’ dan peminat filem pendek mahupun filem penuh.

HAS Filmmaking Academy ditubuhkan untuk mendidik masyarakat melalui filem, dan melahirkan filmmaker yang mendidik masyarakat. Sehingga kini, HAS Filmmaking Academy telah menghasilkan 50 filem pendek hanya di laman media sosial Youtube sahaja yang mana filem pendek yang dihasilkan mendidik masyarakat dari sudut keilmuan, nilai dan pengajaran. HAS Filmmaking Academy juga telah menganjurkan 18 siri bengkel menghasilkan filem secara terbuka, dan 7 bengkel menghasilkan filem anjuran bersama universiti-universiti dan korporat termasuk di Brunei. Seramai 375 graduan bengkel secara keseluruhan yang berjaya dilahirkan di dalam masa setahun penubuhan dan ada di antara mereka yang menempa nama di pertandingan filem pendek berprestij seperti “UITM Short Film Festival 2015” dan “Berjaya Youth Short Film Competition 2015”. HAS Filmmaking Academy juga menganjurkan banyak program bersama komuniti seperti festival filem, tayangan dan bedah filem serta program perjumpaan komuniti HAS Filmmaking Academy yang terdiri daripada penggiat filem amatur, pelajar dan peminat filem.

Banyak kekangan yang dihadapi oleh HAS Filmmaking Academy di dalam melahirkan lebih ramai penggiat filem yang berkualiti. Kekangan kewangan, alat , latihan dan sumber menjadi satu limitasi untuk meningkatkan lagi kualiti karya-karya pelajar HAS Filmmaking Academy. Walaupun mereka sudahpun menghasilkan karya yang segar dari sudut idea, limitasi dari sudut kewangan, alat, kemudahan, dan fasiliti menjadikan idea yang diberikan tidak mampu diterjemah secara maksima ke dalam bentuk filem pendek. Oleh itu, HAS Filmmaking Academy sangat memerlukan kerjasama dan bantuan dari agensi kerajaan dan juga penggiat filem arus perdana di dalam menyediakan kemudahan yang cukup untuk membawa pelajar kami ke tahap yang lebih jauh. Sebanyak RM500 000 diperlukan oleh kami untuk menyediakan studio, kelengkapan, alat dan fasiliti yang boleh digunakan sepenuhnya oleh penggiat filem pendek ‘indie’ dan amatur, serta pelajar-pelajar dari pelbagai institusi. Mereka telahpun menghasilkan filem pendek dengan kekangan kewangan, kemudahan dan kemahiran. Bagaimana sekiranya mereka ini diberikan kemudahan, kewangan dan latihan untuk melaksanakan projek mereka?

Harapan kami bermula dari penganjuran HAS Film Fest 3.0 adalah supaya lebih ramai pihak dan individu di luar sana membantu kami dari segenap aspek di dalam penglibatan HAS Filmmaking Academy untuk mengumpulkan dan seterusnya membina individu-individu di peringkat bawahan ini yang berminat untuk menghasilkan karya yang berkualiti dan seterusnya pergi lebih jauh di dalam industri filem. Semakin banyak bakat-bakat yang kita kumpulkan, semakin ramai individu yang berpotensi untuk menjadi penggiat filem profesional yang hebat pada masa akan datang yang bukan sekadar menaikkan lagi kualiti industri filem Malaysia, tetapi kualiti industri lain seperti pendidikan melalui platform penghasilan filem. HAS Film Fest 4.0 juga diharapkan akan menjadi program nasional yang mampu mengumpulkan 20-30 filem pendek di dalam pelbagai kategori seperti animasi, iklan dan lain-lain pada masa akan datang. Dengan ini, bakat muda dapat diraikan dalam usaha membawa dan membina bakat-bakat muda ini untuk menjadi profesional yang lebih hebat pada masa akan datang.

Terima kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka kerana memberikan ruang dewan dan fasiliti bagi menganjurkan HAS Film Fest 3.0. Terima kasih juga kepada WADI Malaysia kerana menjadi rakan penganjur. Tidak dilupakan kepada Dazs Donut and Coffee Bangi kerana menjadi penaja kami!

Yang berkhidmat,

Muhammad Nazirul Haziq bin Mahadzir
Chief Executive Officer
HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi