019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Pada 14 Ogos 2016 lepas bertempat di GSC NU Sental, HAS Filmmaking Academy telah mengadakan HAS Cinema buat kali ketiga. Filem yang diketengahkan pada kali ini adalah Suicide Squad. HAS Cinema ini dihadiri oleh peserta seramai 77 orang (full house). Tayangan dimulakan pada pukul 11.35 pagi dan berakhir pada pukul 1.15 tengah hari. Sesi bedah filem dimulakan setelah tayangan kredit tamat sehingga pukul 4 petang sebelum sesi bergambar dan bersurai.

13907026_534645923389906_2500927565095719330_n

Speaker jemputan pada kali ini adalah Yazeid Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Yazeido Shinji pada kebanyakan filmmakers.

Kebanyakan bedah filem yang dijalankan berkisar tentang sejarah Suicide Squad. Komik mana, skuad keberapa, apa kaitan mereka dengan Batman dan Superman, dan sebagainya.

Malah kemunculan Joker yang terlalu sedikit, penambahan babak yang dirasakan tidak perlu, jalan cerita yang berlainan dengan komik dan jalan cerita yang berlebih-lebihan turut diperbincangkan.

Kata Ulwan Mokhtar selaku HAS Filmmaking Academy, filem yang dihasilkan oleh DC Entertainment kali ini agak teruk dan tidak mencapai expectation kerana terdapat campur tangan dari pihak lain.

14046013_534645620056603_8955766963823964287_n

Penonton yang hadir juga memberikan respons yang amat baik. Tidak malu bertanya dan berani menyuarakan pendapat tentang filem Suicide Squad.

14064213_534645926723239_1039962299417142382_n

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang filem Suicide Squad dan pendapat yang diperbincangkan, InsyaAllah akan ada review filem Suicide Squad pada post yang akan datang. Anda boleh lihat gambar sepanjang di HAS Cinema di Facebook page : HAS Filmmaking Academy

HAS Filmmaking Academy

We Educate

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi