019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com
Alhamdulillah, HAS Filmmaking Academy dengan kerjasama Akademi Kota Buku telah menganjurkan bengkel editing advance yang sulung di Perbadanan Kota Buku, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2016.
 
Bengkel Editing Advance sulung ini dihadiri oleh 8 orang peserta yang rata-rata telahpun mempunyai asas menyunting video samada menggunakan perisian yang rumit seperti Sony Vegas Pro hinggalah ke perisian mudah Windows Movie Maker. Ini kerana 3 orang dari peserta merupakan kru produksi Pixeledge Production dan Light Motion Production, 2 lagi dari kalangan peserta merupakan ahli HAS Filmmaking Academy, dan 2 orang lagi pernah terlibat di dalam kerja-kerja menyunting video ‘assignment’ di universiti.
 
Oleh itu, kebanyakan di antara mereka senang tangkap apa yang disampaikan oleh Ulwan Mokhtar selaku Master Trainer kerana mereka mempunyai gambaran awal yang jelas tentang proses asas menyusun dan menghasilkan filem pendek dan video.
 
Apa yang disentuh merupakan teknikal-teknikal menyunting video yang dikira advanced kerana ianya melibatkan penggunaan keyframe untuk mencipta pergerakan, penggunaan efek visual seperti ‘color correction’ dan ‘color grad’, pengguaan transisi dan lain-lain yang sangat membantu untuk menghasilkan bukan sahaja filem pendek yang berkualiti, malah video montaj, korporat dan lain-lain.
 
Terima kasih kepada Kota Buku kerana sudi memberikan kerjasama di dalam penganjuran bengkel pada kali ini. HAS Filmmaking Academy menyambut baik sebarang usahasama dan kerjasama yang dicadangkan pada masa akan datang.
 
Kepada anda yang terlepas untuk menyertai bengkel pada kali ini, nantikan pengumuman rasmi penganjuran bengkel ‘filmmaking’ kami pada akhir bulan hadapan. Layari thehasfa.com > filmmaking workshop > upcoming workshop. Kami sentiasa konsisten di dalam menganjurkan bengkel pada setiap bulan, bertepatan dengan visi penubuhan HAS Filmmaking Academy iaitu mendidik masyarakat melalui filem, dan melahirkan filmmaker yang mendidik masyarakat.
 
Kepada anda semua yang ingin menganjurkan bengkel dan program di tempat anda, muat turun proposal penganjuran bengkel dari HAS Filmmaking Academy di laman web rasmi kami thehasfa.com > filmmaking workshop
 
Sekian,
 
‘We Educate’
HAS Filmmaking Academy
 
Laporan oleh : Nazirul Haziq, CEO,CMO HAS Filmmaking Academy

 

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi