019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Alhamdulillah, sesi HAS Meetup 11 berjalan dengan lancar. Kali ini membawakan sebuah sesi sharing bertajuk ‘How to Choose Your 1st Gear’ yang disampaikan oleh Ulwan Mokhtar sebagai Master Trainer HAS Filmmaking Academy. Sesi sharing ini merupakans sesi yang sangat penting di dalam kerjaya dan hobi kita di dalam bidang fotografi, videografi, dan filmmaking. Ini kerana melalui sesi sharing ini, peserta dapat menilai dengan tepat bagaimana untuk membeli DSLR pertama mereka dan juga equipment-equipment tambahan lain yang perlu diutamakan di dalam bajet maksima RM2 ribu.

Pelbagai cadangan dan nasihat yang dilontarkan antaranya :

  1. Tidak mengapa sekiranya membeli DSLR second hand sebagai kamera pertama. Ini kerana ianya sudah memenuhi keperluan anda yang baru ingin berjinak di dalam dunia fotografi, videografi dan pembikinan filem. Ia juga menjimatkan kos, dan baki duit boleh digunakan untuk equipment tambahan yang lebih penting seperti bateri spare, tripod yang berkualiti, rode mic, speedlight dan memory card speed 10 minima 32 GB.
  2. Penggunaan kit lens (18-55) lebih meluas berbanding lens lain seperti prime lens yang dianggap adalah segalanya untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.
  3. Guna DSLR dan barangan anda sehingga lunyai, barulah boleh berfikir untuk ‘upgrade’ gear anda.
  4. Fahami keperluan dengan baik sebelum membeli.
  5. Fokus kepada teknik mengambil gambar dan video. Kamera ini ibarat kuali. Kuali mahal, tetapi tukang masak noob tetap tiada gunanya.

Insyaallah, video perkongsian berdurasi 20 minit akan dimuatnaik dalam masa terdekat. Kepada anda yang tidak hadir sesi meetup pada kali ini, anda dijemput untuk menonton rakaman sesi tersebut di dalam masa terdekat! Kepada anda yang merasa ralat kerana tidak dapat hadir, jom hadirkan diri anda ke sesi HAS Meetup seterusnya yang akan diadakan 2 minggu sekali. Rujuk website kami thehasfa.com > HAS Film Fest > HAS Meetup untuk mendapatkan maklumat terkini penganjuran HAS Meetup kami pada masa akan datang!

‘We Educate’
HAS Filmmaking Academy

Laporan disediakan oleh : Nazirul Haziq | CEO,CMO HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi