019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Sudah ramai yang skeptik dengan jalan cerita cinta yang didatangkan dari Bollywood. Semuanya cinta terhalang. Kalau bukan ibu bapa yang menghalang, mungkin pengorbanan sebagai seorang kawan. Seperti filem Kabhi Kushi Kabhi Gham atau filem Dilwale baru-baru ini. Hanya pengolahan cerita saja yang berbeza. Jika Kabhi Kushi Kabhi Gham adalah kerana perbezaan taraf, Dilwale pula adalah kerana pergaduhan antara geng.

Sanam Teri Kasam menceritakan tentang Saraswati ‘Saru’ Parthsarthy, pengawas perpustakaan yang biasa-biasa saja. Yang tidak cantik tetapi dipaksa mencari suami oleh keluarganya sebab keluarganya tidak mahu adiknya yang sudah bertunang berkahwin dahulu. Saru membuat keputusan untuk melakukan ‘makeover’ setelah ditolak 10 kali untuk dijadikan isteri. Dia bertemu dengan Inder Parihaar, bekas banduan untuk meyakinkan teman wanitanya yang bekerja sebagai stylist untuk menolongnya berubah penampilan.

Di sini bermulanya apabila ibu bapa Saru membuang Saru dari keluarga mereka dan perkahwinan adik Saru diteruskan.

Bagi saya, cerita ini sedikit sebanyak ada moral yang dapat disampaikan kepada penonton. Walaupun tidak seberapa kerana ianya adalah filem Bollywood yang lebih kepada jalan cerita cinta terhalang dan lagu rancak.

Doa ibu bapa. Mungkin kita tak sedar atau buat-buat tak sedar, sepanjang kita hidup, doa ibu bapa yang mengiringi kita. Dalam filem ini, bapa Saru mengadakan ritual terakhir untuk Saru iaitu ritual untuk orang yang sudah mati. Mungkin hati yang rajuk membuatkan kita melakukan sesuatu perkara tanpa kita sedar akan balasannya. Nah, terus Saru didiagnosis mempunyai tumor otak! Tumor otak yang tidak mampu dibedah oleh mana-mana pakar dan terus menjadikan jangka hayat Saru pendek.

Prasangka. Inder adalah seorang bekas banduan. Dalam pemikiran kita selalunya kita akan sangka bekas banduan walaupun sudah menerima hukumannya, mereka masih jahat dan hanya layak duduk di dalam penjara. Sama seperti di kawasan kejiranan Inder, di mana semua orang menyangka Inder adalah seorang yang bermasalah. Jika mereka tahu Inder disumbat ke dalam penjara kerana ingin menyelamatkan seseorang, adakah mereka masih mempunyai prasangka yang sama?

Adat. Tidak jauh pun adatnya dari adat kita sebagai seorang Melayu. Seperti bapa Saru yang terlalu melebih-lebih dengan adatnya, sama juga kita. Sanggup menangguhkan perkahwinan anak kedua kerana tidak mahu adiknya langkah bendul. Sama jugalah dengan adat Melayu. Lagi sanggup membiarkan anak keluar dengan lelaki yang tiada hubungan halal dengan tiket tunang.

Tidak banyak yang saya mampu olah dari filem Bollywood kerana jalan ceritanya yang sama. Sudahkah anda menonton filem ini? Mungkin anda mempunyai pendapat yang lain daripada saya. Anda boleh kongsikan di ruangan komen.

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi