019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Adalah menjadi kebiasaan bagi setiap filem untuk mengeluarkan video trailer bagi mempromosi dan menghebahkan filem yang bakal menemui para peminat dan audien di dalam sesuatu tempoh promosi yang ditetapkan. Tahun 2016 sebenarnya menjanjikan pelbagai filem yang sangat ditunggu-tunggu bagi peminat filem dan kaki filem terutamanya kami dari HAS Filmmaking Academy. Banyak filem yang dilihat menjanjikan kepuasaan kerana trailer mereka yang gempak dan hebat dikeluarkan di laman sosial Youtube seawal tahun 2015. Walaubagaimanapun, adakah trailer yang gempak menjanjikan kepuasaan apabila filem tersebut ditonton?

Pada tahun 2016, beberapa filem telah mengecewakan saya selaku peminat filem. Ini kerana saya meletakkan satu harapan yang tinggi selepas menonton trailer yang teramat-amatlah gempak.

Antaranya?

  1. Batman V Superman (BvS)
  2. Suicide Squad

Seperti yang anda sedia maklum, trailer yang dikeluarkan sangat-sangat ditunggu-tunggu bukan sahaja kepada peminat filem, malah penyokong dan pengikut tegar DC Comic yang sudah lama menantikan watak-watak DC untuk muncul di dalam ‘Film Universe’. Berikutan kejayaan pihak Marvel Studio yang berjaya mengeluarkan banyak filem superhero dengan rating yang agak tinggi dan kutipan yang memuaskan, DC Comic mula mengorak langkah untuk membuat perkara yang sama! Malangnya, filem yang dikeluarkan hanya nampak hebat di dalam trailer sahaja! Mengapa?

Rotten tomatoes

26% bukanlah rating yang rendah sebenarnnya. Tetapi sangat rendah!

Pada pendapat aku, apa yang paling penting di dalam penghasilan trailer adalah ‘information’ yang ingin disampaikan. Informasi di dalam trailer BvS dan Suicide Squad sangat-sangat ‘misleading’!

Trailer yang ‘misleading’ bukanlah trailer yang memberikan maklumat yang salah, sebaliknya trailer tersebut memberikan satu maklumat yang membuatkan audien, menjangkakan sesuatu yang sangat lari dari filem sebenar!

Sudah tentu audien inginkan sesuatu yang ‘unexpected’. Walaubagaimanapun, kita bukannya sedang berbincang tentang ‘plot twist’, atau jalan penceritaan sebaliknya kita berbincang tentang wajarkah bahan hebahan dan promosi seperti trailer memberikan maklumat yang akhirnya tidak sampai kepada audien? Bukan sahaja tidak sampai, malah yang sampainya salah! Ibarat tengok poster program ceramah Ustaz A. Rupanya Ustaz B yang muncul. Ustaz A hanyalah sebagai tetamu jemputan dan bukan penceramah utama.

Aku expect Wonder Woman. . . rupanya John Cena

Jom kita imbas kembali trailer BvS. Apa yang penonton dan aku sendiri jangkakan?

  1. Batman akan bermati-matian melawan Superman. Audien mengharapkan satu pertarungan sampai mati, atau setidak-tidaknya babak aksi yang banyak antara superman dan batman di dalam filem ini.
  2. Filem yang menbawa imej ‘dark’ dan ‘deep’. Kita mengharapkan satu sebab yang kukuh dan dalam tentang mengapa batman dan superman bertarung. Cuma, babak Martha tu menyebabkan segala feel ‘dark’ dan ‘deep’  menjadi satu jenaka. Kesimpulannya? Batman dan superman sayangkan ibu mereka. Jadilah anak yang soleh seperti mereka ya!

Bagaimana dengan filem Suicide Squad?

  1. Joker menjadi key character. Joker, seorang villain yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat DC Comic hanya menjadi karakter sampingan dan tidak signifikan di dalam penceritaan. Bayangkan segala babak dalam trailer itu hanyalah babak imbas kembali? Da heck?
  2. Enchantress adalah sebahagian dari Suicide Squad. Sememangnya Enchantress sebahagian dari Suicide Squad di dalam filem tersebut. Cuma saya sendiri tidak menjangkakan yang beliau adalah watak antagonis dalam filem ni! Saya tak jangka juga Enchantress akan berjoget-joget sebegitu rupa.

Bayangkan sekiranya  tajuk Batman V Superman dibuang dan Dawn of Justice sahaja yang menjadi tajuk. Saya menjangkakan  rating filem ini akan meningkat kerana audien tidak mengharapkan aksi dan babak pertarungan yang banyak antara batman dan superman. Apatah lagi sekiranya anda merupakan peminat filem drama. Anda akan menyayangi filem BvS ni.

rotten tomatoes

Fuhh. Reviu memanglah teruk. Adakah kita perlu meletakkan harapan kepada filem DC seterusnya seperti Justice League dan Wonder Woman? Ataupun buat bodoh dan jangan excirted sangat dulu?

Bagaimana dengan Suicide Squad? Buang semua babak joker! Jadikan ‘appearance’ joker di dalam filem ini sebagai teaser sahaja kepada kemunculan penuh Joker di dalam filem DC yang seterusnya! Jangan jadi seperti ‘Amazing Spiderman 2’. Ada ke patut watak ‘Rhino’ dalam trailer hanya keluar sebagai teaser sahaja di dalam babak akhir filem penuh? Nasib baik tiada prekuel kepada filem tersebut kerana Marvel Studio mempunyai semula hak cipta Spiderman untuk dimasukkan ke dalam Avengers! Yeeeaaa!

Jadi, apabila kita tonton trailer selepas ini, tolonglah berhati-hati. Saya tak nak korang semua terluka dan kecewa hanya kerana mengharapkan bulan jatuh ke riba *tiba-tiba.

Ini sahaja perkongsian pendapat daripada aku sebagai peminat filem. Sejujurnya, banyak sahaja filem lain yang menarik walaupun trailer tidaklah segempak mana. Contoh terbaik yang boleh saya kongsikan adalah Guardian of Galaxy. Tiada siapa menjangkakan trailer yang bosan itu rupa-rupanya menjanjikan filem penuh yang sangat memuaskan! Trailer Ant-Man juga biasa-biasa tetapi menceritaan sangat menarik.

Jangan kecam aku sebagai peminat Marvel yang berat sebelah. Sejujurnya aku sangat sayangkan filem Marvel. Walaubagaimanapun, aku juga dah mula jatuh cinta kepada filem dan komik DC Comic dan aku sangat-sangat mengharapkan agar DC Comic memberikan perhatian lebih dan tidak terburu-buru mengejar Marvel Comic. Janganlah nak harapkan Dark Knight Trilogy sahaja yang menaikkan nama DC Comic. Betul tak?

Diharapkan dengan artikel ini, sedikit sebanyak kita semua dapat bertukar pendapat tentang pembikinan filem dan dunia filem. Sekiranya anda tidak setuju dengan artikel ini, saya tiada masalah. Setiap daripada kita mempunyai pendapat masing-masing bukan? Jom ngeteh bersama-sama kami. Mesti banyak perkara tentang filem boleh disembangkan! Bukankah kita ingin mendidik masyarakat melalui filem?

Apa pendapat korang tentang trailer ni? Kalau tanya saya, saya akan expect filem ini just nice kerana penceritaan yang saya jangkakan mempunyai flow yang biasa tetapi cukup perasa.

‘We Educate
HAS Filmmaking Academy

Artikel ditulis oleh : Nazirul Haziq | CEO HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi