019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Saya pasti setiap dari kita pernah melihat filem mahupun drama di kaca televisyen mahupun mana-mana medium perantaraan teknologi melainkan anda berada di tengah hutan atau anda terputus dari dunia luar. Pastinya anda akan sentiasa melihat sama ada di awal atau di akhir cerita, nama-nama orang kuat di belakang tabir sesebuah cerita berkenaan; dari yang memegang jawatan paling tinggi sehinggalah kepada jawatan yang paling rendah.

Ini dinamakan film credits di mana mereka akan menyenaraikan nama-nama krew di belakang tabir bermula dari penerbit sehinggalah ke stuntman, lokasi-lokasi pengambaran, lagu-lagu di dalam filem tersebut malahan penaja-penaja filem tersebut. Hal ini adalah untuk menyatakan penghargaan kepada mereka kerana mungkin walaupun mereka hanyalah membancuh kopi sahaja sewaktu pengambaran namun tanpa secawan kopi, mungkin sahaja pengarah akan tersengguk mengantuk sementara menunggu pelakon melakonkan scene dengan baik, mungkin saja

Sesetengah orang kadang tidak menghargai kehadiran kredit filem ini. Hal ini dapat kita lihat sewaktu menonton filem atau drama. Berapa kali saja anda menonton filem atau drama, apabila habis dan kredit muncul di layar televisyen, anda beredar pergi atau menutup televisyen. Adakah anda dalam kalangan penonton wayang yang beredar sejurus saja kredit ditayangkan atau anda menunggu sehingga kredit betul-betul habis barulah anda beredar dari panggung?

Sesetengah akan menjawab ianya sangat membazir masa untuk menunggu sehingga kredit habis lebih-lebih lagi mana-mana filem Hollywood kerana ramai krew yang terlibat di belakang tabir dan ianya mengambil masa untuk menunggu kredit habis. Sesetengah akan menjawab ianya tidak penting untuk membaca satu persatu nama krew yang terlibat lebih-lebih lagi tulisannya kecil.

Namun tahukah anda banyak kelebihannya meluangkan masa membaca kredit di akhir cerita( applicable jika anda ada banyak masa)

Saya bagi contoh diri saya sendiri. Dulu saya juga begitu, sering kali mengabaikan kredit di akhir cerita kerana bagi saya, ianya terlalu panjang dan membazir masa. Namun sekarang, apabila sahaja saya memiliki masa yang lebih, saya akan tunggu sehingga kredit habis, membaca sahaja setakat boleh.

Daripada kredit, banyak perkara kita boleh ketahui. Sebagai contohnya, kita boleh mengenali pengarah, penulis skrip atau sekadar DOP (director of photography) sesebuah cerita. Kita boleh mengetahui nama sebenar pelakon yang baru sebentar tadi kita kagumi aksinya. Malahan ada sesetengah filem Hollywood menyelitkan post-credit scene dan ianya sangat merugikan kerana post-credit scene kadangnya memberitahu penamat sesebuah cerita atau ke mana cerita itu akan dibawa.

Kita juga akan mengetahui lebih awal mungkin apa yang bakal berlaku dalam cerita tersebut. Saya bagi contoh diri saya sendiri: saya dan rakan sekuliah sekembalinya dari kampus akan melayan drama pukul 7 di TV3 bagi menghabiskan masa sementara menunggu Maghrib. Pernah satu ketika berlaku konflik di dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz di mana Kapten Mukhriz diberi izin oleh isterinya (Ariana) untuk mengahwini seorang bekas banduan (Awina). Sedang cerita itu disambung ke esok harinya dengan kami ditinggalkan dalam keadaan tertanya-tanya adakah Kapten Mukhriz akan mengahwini Awina, saya menyelesaikan persoalan itu dengan membaca kredit di akhir drama. Di situ turut ditayangkan tajaan baju dan turut ditaja adalah Busana Kahwin Awina dan Syamsul Bahrin. Nah, maka persoalan itu telah terjawab apabila kami membaca kredit!

Kadang dari kredit juga kita dapat mengetahui tajuk lagu yang kita dengar sangat catchy dalam filem sebentar tadi.

Kadangkala kita hanya menganggap bahawa ianya hanyalah hiasan standard sebuah filem. Namun sebenarnya banyak juga kepentingan kredit ini. Jadi mungkin selepas ini anda boleh cuba meluangkan masa membaca kredit dan mendapat sesuatu daripadanya, siapa tahu?

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi