019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Filem apa yang mengesani dalam hidup aku?
Lama jugak fikir, sebab aku jenis yang pilih-pilih. Kadang tu waktu rasa nak layan je cerita, memang aku layan.
Tapi, aku lebih minat kepada filem atau cerita genre aksi walaupun kartun. Orang kata dalam filem kartun pun ada maksud tersirat yang nak disampaikan, kan? Dunia pun boleh bergegar dengan sebab kartun. Contoh kemunculan kembali Pokemon yang mana sekarang ni dimuat naik dalam aplikasi sebagai Pokemon Go.
Ok, kembali kepada filem yang memberi kesan dalam hidup aku.

Antaranya adalah Kungfu Panda 3.

Bila selalu kena pergi program motivasi, dan dalam program tu selalu ada video yang diambil dari filem-filem, sejak dari tu aku mula untuk tonton filem dari view yang berbeza.

Apa pula kaitan dengan kungfu panda?
Dalam Kungfu Panda 3, ada babak yang Po berbual dengan Master Oogway yang mana waktu tu, Po rasa macam hampir putus asa nak mengajar team kungfu dia sebab katanya, dia tak pandai nak mengajar.

Tapi Master Oogway kata apa? Dalam mengajar pun ada proses belajar. Apa yang aku dapat kat sini, nak jadi guru atau ketua sekalipun, bukan bermaksud dia dah sempurna. Tapi sebab perlunya dia salurkan apa yang dia ada dan supaya dia dapat belajar sesuatu yang baru berbeza dari sebelumnya.

Apa lagi yang aku terkesan dengan filem ni, bila mana ada scene yang menunjukkan sekumpulan panda yang mahir menggunakan atau mengawal qi. Tapi, bila Po dibawa sampai ke kawasan pergunungan salji panda-panda, rupa-rupanya diorang pun tak pernah tahu pasal qi tersebut.

Mungkin kat sini apa yang aku dapat simpul secara ringkas, apa gunanya berbangga dengan kebolehan orang terdahulu kalau generasi sekarang tak cuba nak manfaatkan kebolehan tersebut?

Aku suka dalam filem ni part proses pembelajaran Po sebagai guru. Dalam kalangan keluarga panda tersebut, ada yang punya kebolehan yang pelbagai. Ada yang mahir menari, ada yang kuat makan, ada yang mahir berguling. Hatta dalam filem tu ada menonjolkan watak panda yang hanya tahu nak peluk je.

Maka, dari situ, kebolehan yang ada pada panda-panda tersebut, dilihat dan dilatih oleh Po untuk bantu diorang berdepan dengan musuh utama, Kal. Ini yang perlu diambil cakna oleh guru akan kebolehan dan keistimewaan anak murid mereka.

Macam nak sama dengan filem Ip Man, yang mana Ip Man diminta oleh pekerja kilang kertas untuk ajar mereka cara berkungfu. Pada asalnya, mereka langsung tidak tahu kungfu dan sebagainya. Namun, bila dilatih dan terus dilatih, semuanya membuahkan hasil.
‘Practice makes perfect’ kan?

Oh ya, dalam filem Kungfu Panda 3 ni juga, apa yang aku terkesan adalah semangat bekerjasama dan saling percaya antara satu sama lain. Bayangkan kalau Po tak percaya yang panda-panda tak mampu nak bersatu lawan Kal? Dan bayangkan kalau panda-panda tu tak percaya dengan kebolehan diri masing-masing? Agaknya Po boleh mati dalam genggaman Kal macam tu je.

Nah, nak payung adegan pertarungan satu!

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi