019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Alhamdulillah. Pada Ahad yang lepas (25 September), HAS Filmmaking Academy telah menganjurkan HAS Meetup 12 : Belajar asas Nihongo (Bahasa jepun) bersama komuniti HAS Filmmaking Academy. Sesi pembelajaran disampaikan oleh Nazirul Haziq, CEO HAS Filmmaking Academy yang pernah mempelajari Bahasa Jepun semasa di sekolah menengah beliau sebagai bahasa antarabangsa. Beliau juga pernah menyertai program pertukaran pelajar ke Jepun.

Sesi tersebut menyentuh secara asas bagaimana untuk membina ayat dengan struktur yang mudah, menulis hiragana dan seterusnya mempelajari ucapan umum seharian rakyat Jepun. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan kerana hampir 20 orang peserta yang menyertai bengkel ini.

Rata-rata peserta berminat untuk menyertai HAS meetup pada kali ini kerana masing-masing mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari Bahasa Jepun. Mereka ini berminat dengan budaya dan bahasa Jepun kerana pendedahan kepada anime, dan manga dari sana! Seronok juga bersembang tentang anime dan manga yang diminati bersama komuniti.

Apa yang mengejutkan, terdapat beberapa orang yang mendapat informasi tentang program ini daripada ‘WhatsApp Group’ program Zakir Naik? Kami tidak pasti siapakah yang mempromosi dan menghebahkan program ini kepada mereka tetapi, terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan. Harap dapat berjumpa dan berukhwah bersama ‘Ejen Ubi’ diam tetapi berisi kami ini.

Terima kasih kepada peserta yang terlibat. Terima kasih kepada rakan-rakan HAS Filmmaking Academy yang terlibat. Terima kasih juga kepada Imanshoppe kerana memberikan kami peluang untuk menganjurkan program di Iqra Corner. Kepada anda yang ingin menganjurkan sesi talk atau lain-lain program skala kecil, boleh hubungi mereka untuk tempahan tempat.

Sekian, itu sahaja laporan daripada kami. Ikuti perkembangan lanjut penganjuran HAS Meetup bersama komuniti HAS Filmmaking Academy pada setiap 2 minggu hari Ahad. Layari laman web kami untuk maklumat lanjut! Jom sertai aktiviti dan program yang sangat random dari kami. Sekiranya ada cadangan program, sila berikan kepada kami dan kami akan cuba laksanakan program tersebut mengikut idea yang anda berikan!

‘We Educate’
HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi