019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

http://https://www.youtube.com/watch?v=52MgKOqJKKo

Kalau anda pernah mendengar cerita seram tentang lebuhraya Karak Lama, pasti anda juga pernah dengar kisah Volkswagen kuning.

Pasti ceritanya seperti begini : Jika ada Volkswagen kuning di belakang yang hendak memotong kereta, berikan saja laluan. Atau jika dia memandu perlahan di depan anda, jangan sesekali memotongnya. Dan jika ia berulang beberapa kali, biarkan saja. Nanti akan berhenti.

Pasti begitu bukan?

Kalau filem Karak terbitan KRU Studios, ada kan babak Volkswagen kuning itu? Seram kan apabila babak Volkswagen kuning itu? Tiada pemandu tetapi ada penumpang yang memandang anda dengan pandangan yang menakutkan.

Kali ini, Metrowealth menerbitkan filem Volkswagen Kuning dengan ceritanya yang tersendiri. Jika anda sudah banyak kali menonton filem Metrowealth dan cuba membandingkan dengan filem terbitan syarikat lain, mungkin anda akan perasan betapa rendahnya kualiti filem mereka. Dengan colour yang seperti filem awal 2000, dialog skrip yang entah apa-apa dan beberapa kesilapan teknikal yang tidak dapat anda maafkan.

Jalan ceritanya terlalu mudah. Kalau saya menulis sinopsis filem tersebut di sini seperti saya sudah menceritakan keseluruhan filem tersebut. Jadi, saya syorkan untuk anda menontonnya jika anda mahu tahu jalan cerita ini.

Senang kata, saya amat kecewa dengan filem ini. Filem yang diterbitkan oleh syarikat yang sudah lama bertapak di Malaysia. Saya berharap selepas ini daripada David Teo sibuk hendak mengutip keuntungan filem ini, beliau patut memperbaiki mutu filem-filem terbitan beliau.

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi