019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Dua tiga hari ini, saya telah mencabar diri sendiri melakukan marathon menonton francais filem X-Men, bermula dari X-Men sehinggalah kepada X-Men: Apocalypse. Jumlah kesemuanya adalah sebanyak 9 buah filem! Berikut adalah senarai tajuk filem-filem dalam francais X-Men:

  • X-Men (2000)
  • X2 (2003)
  • X-Men: The Last Stand (2006)
  • X-Men Origins: Wolverine (2009)
  • X-Men: First Class (2011)
  • The Wolverine (2013)
  • X-Men: Days of Future Past (2014)
  • Deadpool (2016)
  • X-Men: Apocalypse (2016)

Ia mungkin kedengaran gila, lebih-lebih lagi saya bakal menghadapi exam pada minggu hadapan. Ah, bukan sahaja kedengaran gila, tapi memang terlebih gila!

Tapi, semangat saya membara untuk menonton kesemuanya setelah saya membaca sebuah artikel The Vocket!

Sejujurnya, saya dulu tidak begitu tertarik untuk menonton francais filem X-Men. Seingat saya,filem terakhir yang saya tonton dalam francais ini adalah X-Men: The Last Stand (2006). Kemudian semangat saya luntur untuk kembali mengikuti perkembangan francais filem ini. Rasanya kalau nak dibandingkan dengan francais filem Harry Potter, semangat itu lebih ada untuk mengikuti perkembangan filem Harry Potter. Jadi saya tinggalkan filem ini dengan langsung tiada niat untuk menontonnya.

Namun, niat saya kembali berubah apabila saya terserempak dengan sebuah artikel The Vocket yang bertajuk ‘Nah Ini Garis Masa Filem-Filem X-Men Agar Anda Lebih Faham Jalan Ceritanya‘ di News Feed Facebook saya.

Saya kembali terdetik untuk menelusuri francais ini kerana di dalam artikel ini ditulis bahawa dalam salah sebuah filem, Hugh Jackman yang memegang watak Wolverine telah dihantar ke masa lampau dan mengubah masa hadapan! Saya tertanya-tanya

“apakah yang bakal berubah sekiranya masa hadapan itu berubah?”

 Namun untuk menjawab persoalan itu, saya mestilah menonton kesemua filem dalam francais ini.

Akhirnya saya berpeluang melakukan marathon menonton francais filem-filem ini dan sejujurnya, saya sangat terkesan dengan cara krew produksinya mengembangkan filem X-Men ini. Kronologinya sangat mengelirukan namun sangat menakjubkan. Saya masih lagi memikirkan kronologi masa yang sebenarnya dalam francais filem X-Men ini!

Boleh dikatakan, saya sangat teruja untuk menonton filem terbarunya tahun hadapan, Logan!

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi