019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

http://https://www.youtube.com/watch?v=_LuQFp1Lrfo

Kalau anda perasan sebelum tayangan filem Finding Dory (bagi yang sudah menontonnya), ada filem pendek Piper. Filem pendek berdurasi 6 minit ini mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Bayangkan penat lelah selama 3 tahun hanya dicurahkan untuk hasil 6 minit. Pasti tak ramai yang mampu bertahan.

Filem pendek Piper mengisahkan anak burung spesies sandpiper diajar oleh ibunya untuk mencari makanan sendiri. Namun sewaktu mencari makanan, Piper dihempas oleh ombak besar. Ia menyebabkan Piper tidak mahu mencari makanan sendiri dan cuba bergantung kembali pada ibunya kerana trauma.

Kali kedua, Piper melihat umang-umang yang kecil yang sedang mencari makanan juga. Sewaktu ombak besar datang mendekati, umang-umang tersebut hanya menggali lubang dan memasukkan badannya ke dalam pasir. Dengan gelabah, Piper melakukan perkara yang sama dan dia selamat.

Pernahkah anda melalui perkara yang sama seperti Piper? Melalui segala cubaan sehingga anda berasa sangat trauma dan tidak mahu melakukannya lagi?

Saya pernah.

Tetapi saya kembali pada tempat yang sama dan berusaha untuk melalui segala susah payah dan mengambil cubaan yang lalu sebagai pengajaran agar tidak berulang kembali.

Malah, saya yakin InsyaAllah pasti akan ada ganjaran yang lebih hebat.

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi