019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Disclaimer: Artikel ini dipetik daripada Facebook Page The Patriots. Keizinan telah diberi untuk ia dipaparkan di sini.

Menarik dalam filem Alice Through the Looking Glass (2016), sedikit babak awal yang ditayangkan pada permulaan filem ini ada menggambarkan tiga buah kapal Melayu yang gah mengejar kapal persendirian dari London milik Alice. Babak ringkas ini berlatar tempat di perairan Selat Melaka dan latar masanya sekitar tahun 1874. Gambaran ini menunjukkan lazim bagi kapal-kapal dari Barat perlu untuk melalui Selat Melaka dalam perjalanan pergi dan balik antara timur dan barat, khususnya untuk tujuan perdagangan.

https://www.youtube.com/watch?v=tE_3wgXvrXE&t=32s

 

Dalam babak ini, Alice sebagai nakhoda dan anak kapalnya dalam perjalanan balik ke London dari China perlu merentasi perairan Selat Melaka yang dijaga oleh pelaut Melayu dengan kapal-kapal mereka. Menonton babak ini, secara tidak langsung menggambarkan betapa pelaut Melayu mempunyai kekuatan yang hebat dalam menjaga perairannya. Bagi setiap kapal asing, tentu sahaja penguasa laut ini dilabel sebagai “lanun” (seperti dikata dalam filem), sedangkan setiap kawasan perairan khususnya di kepulauan Melayu mempunyai peraturan yang tersendiri, boleh jadi mereka adalah kumpulan pelaut yang diamanahkan menjaga perairan oleh pemerintah di darat, atau sememangnya lanun Melayu yang mempunyai hak kawasan persendirian yang mempunyai undang-undang mereka yang tersendiri. Ini yang dikatakan memahami perspektif pandangan mengikut kecenderungan sentimen sesebuah negara. Memahami sempadan perspektif itu, maka kita setuju.

Alice


Hari ini sebilangan dalam kalangan anak Melayu kurang mengetahui sejarah kehebatan leluhur mereka sehingga menyebabkan kurangnya jati diri pada diri masing-masing, berikut merupakan tiga faktor utama sebab hal ini terjadi.

1. Tidak berusaha mengambil tahu latar belakang dan cerita leluhur keluarga (salasilah nasab) yang terdahulu.

– Mengetahui akan latar belakang leluhur keluarga bukanlah bertujuan untuk berbangga, tetapi penting untuk membina jati diri. Tidak kisah jika latar belakang moyang terdahulu itu merupakan individu lanun sekalipun, tetap ia dapat mendirikan jati diri dalam jiwa seseorang. Sebagai contoh, jika seseorang itu dibuli, kemudian teringat dia akan darah keturunannya yang berani “mengajar” orang, maka jati diri ini akan membangkitkan dia untuk “mengajar” pembuli itu. Diambil nilai positif yang ada pada diri leluhur keluarga.

2. Tidak memupuk minat untuk mendalami sejarah bangsa, khususnya dalam mengetahui kekuatan dan keistimewaan bangsa melalui kisah-kisah terdahulu.

– Menjadi kewajiban untuk mengetahui sekurang-kurangnya bahan fakta sejarah yang telah disediakan untuk menjadi orang yang mengenal bangsa diri, bahkan seeloknya perlu mempunyai usaha untuk mencari dan menggali bahan sejarah yang telah terkubur malah disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu.

3. Kurang pendedahan melalui media massa tentang sejarah Melayu, khususnya media yang menjadi tatapan bagi semua lapisan masyarakat yang memberi impak maksima seperti bidang perfileman.

– Filem adalah salah satu “iklan” terbesar bagi menyampaikan sesuatu mesej, sentimen, dan propaganda. Oleh itu, jika tidak mampu untuk menghasilkan sendiri filem yang berjiwa sejarah kehebatan bangsa, maka perlulah membuat pelaburan dalam filem antarabangsa khususnya Hollywood, walau hanya bertujuan menyelitkan sedikit paparan sejarah kehebatan Melayu yang berdurasi sekitar satu hingga lima minit. Ini demi menaikkan rasa bangga justeru menghasilkan jati diri empunya bangsa yang terkait apabila ia ditonton di seluruh dunia. Berbanding tindakan melabur dalam filem Hollywood yang tiada bertujuan ke arah itu, ia tidak akan dapat membawa manfaat yang berpanjangan kepada jiwa bangsa dan Negara.

p/s: Mesej ini tidak terhad kepada bangsa Melayu sahaja, tetapi bersifat umum bagi yang menjadikan ia sebagai cerminan bangsa masing-masing.

-Abu Al-Abbas IV-

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi