019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Disclaimer: Artikel ini ditulis oleh Ali Imran Haizad, creative designer HAS Filmmaking Academy berpandukan salah satu post beliau di laman Facebooknya. Keizinan telah diberi untuk artikel ini dimasukkan di sini.

*spoiler alert: artikel ini mungkin mengandungi spoiler. Jika anda tidak suka membaca spoiler sebelum menonton filemnya dahulu, MOHON BERHENTI SEKARANG!

Baik, anda masih di sini. Jadi, sila teruskan membaca tanpa jaminan daripada pihak kami. Semoga berjaya!


Masa Raya Aidilfitri haritu, ada seorang member ni, dia kata dia nak travel, sebab nak tengok dunia luar.

Aku suggest ah, jadi wartawan. Sebab wartawan banyak dapat travel free.
(yer..yer..jer)

Lepastu, aku keluarkan dalil-dalil (dalil filem), aku suggest dia tengok DUA buah filem ini yang mengkisahkan tentang wartawan.

Kill the Messenger ( 10 Oct 2014) dan Nightcrawler ( 31 Oct 2014).

Aku tidak mention cerita Spotlight (2015) sebab itu sudah masuk topik kerjasama dan lagi satu filem itu memang sudah menjadi sebutan orang ramai.

Kedua filem ini mengkisahkan tentang career hidup kita. Boleh jadi kita sanggup mati kerana career kehidupan kita atau career kita yang membunuh (jiwa) kita sendiri.


Kill The Messenger (2014)

Director: Michael Cuesta
Cast: Jeremy Renner (HawkEye dalam Avengers tu..)

Rating: 7/10 – IMDb, 78% – rotten tomatoes, 60% – metacritics
6/10 – personal rating

Ini merupakan kisah benar. Daripada Gary Webb. Yang membongkarkan
rahsia-rahsia ‘hitam’ CIA.

Gary Webb dapat membongkarkan rahsia CIA menyeludup dadah. Dan Webb berusaha keras untuk menyiarkan kisah ini di sidang akhbar.

Tapi, biasalah bila dah melibatkan betapa kotor nya kerajaan, kerajaan akan buat apa-apa sahaja demi menutup dosa-dosa mereka.

Akhirnya Webb ditembak mati.

Disebabkan filem ini agak kontroversi, jadi filem ini diterhadkan siarannya. ( Termasuk negara Malaysia tidak ditayangkan)

Gary Webb sanggup mengkorbankan nyawanya demi menegakkan keadilan. Dengan platformnya sebagai wartawan yang merupakan tumpuan orang ramai pada media.

Jadi Webb rasa akan tanggungjawab yang perlu digalas dan risiko yang diambil.

Selagi berita berkenaan CIA tidak disebarkan, selagi itu beliau masih ‘biar mati dalam mencuba’.

Dengan niat yang betul dan matlamat yang jelas, kita akan berusaha
bersungguh-sungguh sekalipun diancam nyawa.

Kita akan berasa resah gelisah jika benda yang salah tidak dibetulkan.

Seperti kita nampak guru kita sedang membuat kiraan matematik salah. Kita pasti akan pantas mengangkat tangan, nak sudi membetulkan kesalahan cikgu.

Cikgu yang berfikiran terbuka, akan anggap itu adalah proses pembelajaran bagi kedua-dua belah pihak dan terimanya dengan hati terbuka.

Manakala jika guru itu berpendapat bahawa martabat anak murid lebih rendah berbanding guru dan anak murid tidak berhak membetulkan kesalahan cikgu, maka cikgu tersebut akan marah pada anak murid.

Anda pernah tengok filem pendek 2+2=5 ?

Kalau belum, boleh tengok di sini

Jadi matlamat yang jelas dan niat yang murni akan mendorong kita untuk
mengkerahkan segala daya upaya meskipun nyawa menjadi mangsa.


Nightcrawler (2014)

Director: Dan Gilroy
Cast: Jack Gyllenhaal (pelakon Prince of Persia dan Southpaw)

Rating: 7.9/10 – IMDb, 95% – rotten tomatoes, 76% – metacritics
7/10 – personal rating

Louis Bloom, seorang wartawan yang baru nak up.

Pada asalnya nak jadi wartawan sebab nampak macam menarik dan senang dibuat.

Dalam bahasa mudahnya jadi wartawan sebab nak carik duit.

Aku lebih suka flow filem ini, kerana dapat lihat struktur kerja seorang wartawan dan development si Louis Bloom ni.

Daripada camera cikai, kereta kemek, takder pembantu dan juga tidak mempunyai nama pertubuhan kepada ada semuanya.

Kereta Mustang warna merah. Kamera sebagak-bagaknya. Pembantu paling lurus bendul pernah aku tengok.

Lepastu dapat offer lagi bagus daripada syarikat ‘news’ yang lebih established dan well-perform.

Tapi sayangnya, Louis jadi seperti Qarun. Career nya dijadikan sebagai alat untuk memuaskan nafsu serakahnya. Iaitu harta.

He’s been driven apart.

Akhirnya dia membuat kes sendiri. I mean dia buat set-up jenayah semua.
Macam ada satu scene tu, perompak pecah masuk rumah curi harta sahaja. Louis ni pergi bunuh semua orang dalam rumah tu.

Lepastu cerita dia jadi epik. Orang suka tragedi-tragedi sadis. Lepas tu dia buat lagi.

Sampai satu tahap, aku sendiri takleh nak maafkan mamat ni..hahaha.

Kalau kau nak tahu, kena tengok ah. Karang jadi spoiler lak.

Itulah dia, HARTA telah berjaya membutakan Louis.

Dah lari daripada niat asal. Niat asal mahu carik duit, kiranya tidak enaklah duduk rumah, lepak seorang diri, tanpa hala tuju.

Lebih daripada keperluan, jadi tamak.

Apabila kita terlalu obses dengan career dan jawatan, tanpa guideline yang betul, kita pasti hanyut dengan nafsu serakah.

Orang yang bijak dan fast-learner ini perlu berhati-hati. Mungkin ada advantages nya, tapi apabila terlalu pandai sampaikan semua orang mahu dipijak dan disailang nya.


Beza antara Webb dan Louis adalah niat dan matlamat.

Webb punya matlamat adalah menegakkan keadilan dengan menyebarkan berita songlap dadah oleh CIA, manakala Louis bermatlamatkan duit.

Tidak salah bermatlamatkan duit. Bila dah dapat? Nak buat apa? Manusia tidak akan puas.

Webb mati dalam keadaan memperjuangkan career nya. Louis kekal hidup tetapi jiwanya telah mati dek kerana dihantui oleh career nya.

Sekian, entry pada pagi ini.
Semoga bermanfaat.

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi