019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

http://https://www.youtube.com/watch?v=C1HjOEubv2Y

Apa yang anda rasa jika anda terperangkap di dalam kereta yang tenggelam di dalam sungai dan anda harus memilih satu antara dua orang yang anda sayangi untuk diselamatkan?

Itu yang terjadi kepada Maria yang terpaksa memilih untuk menyelamatkan anak perempuannya dan membiarkan anak lelakinya, Oliver lemas di dalam kereta. Kerana rasa bersalahnya yang meninggalkan Oliver di dalam kereta dan mempercayai dirinya membunuh anak sendiri, Maria mengambil keputusan untuk membunuh diri tetapi tidak berjaya. Piki, pembantu rumahnya menenangkan dirinya sewaktu dirawat di hospital dan memberikan idea kepada Maria untuk mengucapkan selamat tinggal secara tertib (baca : proper farewell).

Selepas saya menonton cerita ini, apa yang saya mampu konklusikan adalah sebab itu kita sebagai Muslim wajib beriman pada qada’ dan qadar. Kita wajib menerima ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah.

Mungkin kerana saya tidak berada di tempat Maria yang melihat sendiri Oliver terperangkap di dalam kereta yang tenggelam dan tidak mampu menyelamatkannya, saya mudah mengucapkannya. Jika saya adalah seorang itu, adakah begitu mudah saya menerimanya?

Dari filem ini juga, benarlah jika kita cuba melawan takdir yang sudah ditetapkan, pasti ada balasan yang akan diterima. Mungkin bukan Maria yang menerima balasannya tetapi orang sekelilingnya membuatkan Maria berasa semakin tertekan.

Semasa menonton filem ini, berapa kali hati saya berbisik, kalaulah Maria tak buat silap, kalaulah Maria menerangkan hal sebenar, kalaulah Maria menerima apa yang sudah terjadi; pasti perkara begini takkan terjadi. Kita je yang kena pandai memilih.

Bukankah pilihan itu sebenarnya berada di tangan kita sendiri? Sama ada kita memilih jalan yang betul atau salah menentukan apa yang akan terjadi di masa hadapan.

Bagi saya, filem ini amat bagus untuk ditonton. Walaupun filem seram, tak banyak ye babak hantu muka terkoyak ke apa. Tapi banyak terkejut juga lah. Berapa kali housemate terjerit sebab terkejut punya pasal.

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi