019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Penganjuran Festival Filem HAS 4.0 anjuran Akademi Filem HAS dengan kerjasama WADI Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka ini merupakan lanjutan kerjasama yang telah termeterai sejak penganjuran Festival Filem HAS 3.0. Menyedari kejayaan penganjuran festival filem sebelum ini dan potensinya untuk dibawa ke tahap yang lebih tinggi, pihak penganjur memutuskan untuk menganjurkan sebuah lagi festival filem sebagai penutup acara program anjuran Akademi Filem HAS bagi sesi 2016.

cover-photo-report

Terdapat banyak perkembangan baru dan penambahbaikan bagi penganjuran festival filem siri 4 berbanding siri sebelum ini. Sekiranya pada Festival Filem HAS 3.0 yang lalu hanya menampilkan 5 pengkarya filem ‘indie’ muda, Festival Filem HAS kali ini menampilkan 8 pengkarya filem pendek muda jemputan termasuk 2 pengkarya filem pendek antarabangsa iaitu dari Brunei dan juga Indonesia.

PENGKARYA FILEM TEMPATAN

1. Filem Pendek Pernah arahan Muz Inspire (IGX Production)
2. Filem Pendek Kesumat arahan Noor Helmie (FCPC IIUM)
3. Filem Pendek “A Life Of None Exist” arahan Akmal Aidi Salihin (UNH Production)
4. Filem Pendek Lagu Kita arahan Wan Alif Asyraf (KAMI Films)
5. Filem Pendek “Power” arahan Ulwan Mokhtar (HAS Filmmaking Academy)
6. Filem Pendek Syahadatul Haq arahan Azfar Hamdii – (Mr The All Shared)

PENGKARYA FILEM DARI LUAR NEGARA :

7. Filem Pendek Imajinasi (Indonesia) Yusuf Jacka Ardana – Indonesian Youth Filmmakers Association (IYFA)
8. Filem Pendek Sanggup arahan Thaqib Tuah – (Lensa Muslim, Brunei)

Penglibatan 7 penaja pada kali ini juga jauh lebih ramai membuktikan bahawa semakin banyak pihak yang melihat gerakan pengkarya filem pendek ‘indie’ ini sebagai satu gerakan yang perlu disokong dalam usaha mendidik masyarakat melalui filem, dan melahirkan pengkarya filem yang mendidik masyarakat. Penglibatan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam penganjuran festival filem ini juga merupakan satu usaha baik oleh pihak kerajaan dalam menyokong usaha ini.

Kejayaan penganjuran Festival Filem HAS kali ke-4 ini memperlihatkan satu potensi tanpa had dalam membawa visi gerakan pengkarya filem pendek ‘indie’ ini ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, Akademi Filem HAS dan rakan stratergik iaitu WADI Malaysia ingin mengumumkan perancangan penganjuran Festival Filem Edu Asia Tenggara 2017. Penganjuran festival filem ini dijangka akan melibatkan rangkaian peminat filem dan pengkarya filem dari negara-negara ASEAN. Penganjuran festival filem ini juga dijangka berskala besar dan memerlukan kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak samada syarikat korporat, institusi pendidikan, pihak kerajaan, dan persatuan di Malaysia dalam usaha menjayakan festival filem itu nanti.

Penganjuran Festival Filem Edu Asia Tenggara 2017 ini akan memfokuskan tema pendidikan sejajar dengan visi gerakan pengkarya filem ‘indie’ yang ingin mendidik masyarakat melalui filem. Melalui penganjuran festival filem yang berprestij ini, diharapkan ianya bukan sahaja dilihat sebagai platform untuk berkarya, malah dilihat sebagai platform untuk memberikan impak kepada masyarakat melalui penghasilan filem yang mendidik.

Alhamdulillah, seramai 100 orang peserta berjaya dikumpulkan pada kali ini. Peningkatan sebanyak 30 peserta berbanding penganjuran Festival Filem HAS 3.0 walaupun terdapat pelbagai cabaran di dalam penganjuran festival filem ini seperti penganjuran Bersih 5, dan lain-lain. Moga penyertaan ini akan meningkat pada festival filem seterusnya yang akan diadakan pada tahun hadapan. Terima kasih kepada rakan penganjur iaitu WADI Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Diharapkan agar penglibatan aktif dari lebih ramai pihak dan penaja akan merancakkan lagi perkembangan penganjuran Festival Filem HAS pada masa akan datang.

‘We Educate’
HAS Filmmaking Academy

Laporan disediakan oleh

Muhammad Nazirul Haziq bin Mahdzir
Ketua Pegawai Eksekutif
Akademi Filem HAS

GALERI

VIDEO RAKAMAN SLOT

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi