019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

DISCLAIMER: Saran filem ini ditulis oleh Abdul Muhaimin Hamzah di laman sosial Facebook. Keizinan teleh diberikan untuk kami menerbitkan artikel beliau di sini.

*spoiler alert

 

[SARAN FILEM: SWING VOTE – Spoiler Alert]

Assalamualaikum.
Memandangkan sekarang ni musim orang sibuk mendaftar pemilih, itu tandanya pilihanraya umum kian dekat; cakap-cakap kata bahawa paling cepat bulan tiga tahun depan.
Jadi, atas semangat pilihanraya, inilah aku kongsikan sebuah filem yang sangat menarik, berat tapi menghiburkan: Swing Vote; atau bahasa Melayunya ‘Undi Penentu’ [terjemahan bebas].
Swing Vote ni mengisahkan dua beranak yang sangat kontra — ayahnya kaki botol yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab sosial manakala anaknya seorang yang berwawasan besar dan mempunyai pandangan yang sangat tinggi jika dibandingkan kawan-kawan sebaya tentang politik.
Kisah bermula apabila, pada hari mengundi, si ayah tidak hadir ke tempat mengundi seperti yang ia janjikan kepada anaknya. Jadi si anak “take things in her own hand” dan curi-curi mengundi bagi si ayah pada akhir-akhir waktu ketika mana kawalan keselamatan culas.

Malangnya, tak sempat hendak habiskan undian, berlaku masalah teknikal dan si anak melarikan diri tanpa mengetahui bahawa undinya (atau, secara teknikalnya, undi si ayah) belum sempurna. Jadi, si ayah perlu mengundi semula.
Tambah parah lagi, antara dua calon yang bertanding, masing-masing mempunyai jumlah undian yang sama banyak; kata pakar sejarah, tak pernah berlaku sejak tahun 1824! Makanya, bertambah-tambah bernilailah undi si ayah.


ULASAN & SPOILER

Bagi aku, filem ini sangat menarik dalam kritiknya yang berlapis-lapis.

Pertama, pemilihan watak yang saling bercanggah membayangkan bahawa pesimisme dalam politik ialah fenomena ‘orang lama’ manakala optimisme pula ialah identiti ‘orang baru’. Dalam kata lain, hanya budak-budak yang mempercayai sistem demokrasi yang berlangsung.

Kedua, dalam babak-babak perumitan, kita akan disajikan dengan dua calon daripada dua parti yang berbeza (kita andaikan, konservatif lawan demokrat/liberal), tetapi kedua-duanya, kerana ingin menguasai Rumah Putih dengan mendapatkan undi si ayah, sanggup berbuat apa sahaja termasuk menggadaikan prinsip politik mereka.

Yang konservatif mula jadi liberal, yang liberal mula jadi konservatif. Ini kritik kepada betapa bobrok, tidak berprinsip dan tiada maruahnya politikus yang gila kuasa. Kalau dilihat daripada sudut lain, ini juga boleh dianggap sebagai metafora kepada ‘Median Voter Theorem’. Untuk tahu lebih lanjut sila tonton video ini:

Ketiga, si ayah, dalam memilih untuk mengundi yang mana, seringkali berhibur dan berlibur dengan kedua-dua calon yang menjanjikan ia pelbagai tawaran dan imbuhan material. Ini juga, bagi aku, kritik ke atas pengundi yang hanya tahu mengundi mereka yang beri imbuhan/tawaran material berbanding mengundi untuk prinsip.

Hmm, banyak lagi lah kritik-kritik yang hendak di bawa. Bagaimanapun, (dan ini spoiler paling besar) pada peleraian cerita ini, digambarkan bahawa si ayah, setelah mengalami beberapa peristiwa, mula berfikir secara matang dan menilai calon lebih daripada sekadar kepentingan dirinya saja. Dia seterusnya, digarap, pergi ke tempat mengundi dan mengundi dengan penuh keyakinan. Bagaimanapun, kita tidak ditunjukkan siapakah yang diundinya — satu petunjuk bahawa siapa pun yang anda undi bukanlah masalahnya, tetapi bagaimana anda mengundi!

Its not who you vote, but how you vote!

 

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi