019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Semasa menonton filem ini, ada sesekali saya menguap. Jalan ceritanya terlalu mendatar. Tapi tak boleh nak salahkan mana-mana pihak. Ini cerita genre biografi. Bagi kita sebagai penonton, mungkin tiada klimaks. Tetapi bagi Captain Sully yang mengalaminya semua sendiri, beliau yang merasa klimaksnya sendiri.

Berdasarkan kisah benar, Sully mengisahkan tentang Captain Chesley ‘Sully” Sullenberg yang terpaksa melakukan pendaratan cemas di Sungai Hudson setelah kapal terbang US Airways mengalami kerosakan enjin. 155 penumpang terselamat dan semua orang menyangkakan ianya adalah satu keajaiban. Serta-merta, Sully menjadi hero di mata semua orang.

Satu perkara yang saya rasa semasa menonton filem ini adalah — frustrated.

Rasa nak menyumpah-nyumpah saja. Untuk rekod, saya asyik mengutuk sepanjang filem. MasyaAllah, geramnya dengan jalan cerita. Lagilah bila tahu ini adalah berdasarkan cerita sebenar, lagi panas hati ni. Kan semua orang dah selamat. Kenapa nak kena soal siasat lagi? Apa yang tak puas hati sebenarnya?

Tapi saya suka cara Captain Sully. Hanya berdiam diri dan menjawab apa yang perlu ketika sesi soal siasat tetapi meluahkan pendapatnya ketika public hearing bersama National Transportation Safety Board (NTSB) yang saya rasa sangat bernas.

Filem Sully ini juga mendapat kritikan daripada NTSB kerana memotretkan mereka sebagai antagonis.

Around the world, the NTSB’s investigations are regarded as setting the gold standard for impartiality, perceptiveness and making recommendations with important safety benefits. The NTSB has saved countless lives. Yet the NTSB has no regulatory ability: to turn its recommendations into practice, the board relies solely on a moral authority founded on its reputation for diligence. The stakes are high – the board currently has a list of 10 critical safety improvements that it’s trying to get implemented, including, for example, positive train control, something that would have spared 243 people last year from a deadly Amtrak derailment.

Sully has smeared this reputation for the sake of a hero who needed no defending. It will create a headwind in the minds of the public and policymakers that the NTSB will be struggling against for years to come.[84]

Sumber : Wikipedia

Lihat saja apa yang filem mampu buat kepada penonton dan kepada mereka yang terlibat.

 

We Educate

HAS Filmmaking Academy

 

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi