019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

The Dissapointments Room mengisahkan Dana dan David mahu memulakan hidup baru selepas bayi perempuan mereka meninggal dunia. Bersama anak lelaki mereka, Lucas, mereka berpindah ke rumah yang dahulunya elit tetapi menjadi rumah biasa-biasa saja setelah ditinggalkan oleh tuan yang lama. Penduduk lama yang mengetahui sejarah bandar itu memberitahu bahawa di dalam rumah itu terdapat sebuah bilik di mana kanak-kanak yang cacat akan dikurung untuk tidak memalukan keluarga. Bilik itu dipanggil The Dissapointments Room.

Bagi saya, cerita ini sangat serabut. Babak seperti tidak disusun betul-betul. Hanya main campak-campak seperti mencampak bawang merah dan bawang putih di dalam kuali semasa memasak. Asal jadi, orang kata. Tak sangka DJ Caruso yang tulis cerita ni sebab tak meet my expectation malah rakan serumah saya juga.

Seperti tajuknya, saya juga kecewa dengan cerita ini. Tidak hairanlah filem ini mendapat rating yang rendah dari pengkritik filem. Ikut hati saya, nak je saya bagi lagi rendah tapi siapalah saya kan? Saya tak suka jalan cerita yang kejap on present, tiba-tiba on past, tiba-tiba dalam mimpi, tiba-tiba terjaga dari mimpi, tiba-tiba halusinasi. Sakit kepala jadinya. Sebab otak nak kena berfikir kenapa babak ni kena ada dan nak kaitkan dengan babak mana.

Watak Dana yang mengalami depresi kerana menyebabkan anak perempuannya mati yang menjadikan cerita itu terlalu banyak babak psycho. Kerana depresi, dia mempunyai anxiety dan halusinasi.

Bergaul dengan budak medik yang baru habis final exam Psychiatry sewaktu menonton filem ini, tidak habis-habis saya mendengar diagnosis mereka. Kejap halunisasi, kejap skizofrenia dan macam-macam medical terms yang keluar. Saya tak belajar lagi Psychiatry jadi saya tak faham sangat.

Sehingga tamat menonton cerita ini, saya tak pasti adakah ini cerita hantu ataupun tidak. Adakah hantu itu hanya rekaan Dana di dalam kepala atau hantu ini betul-betul real dan ia cuma mewujudkan situasi agar Dana kelihatan berhalusinasi?

Atau saya yang tak faham dengan jalan ceritanya?

We Educate

HAS Filmmaking Academy

 

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi