019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Secara jujurnya, saya tak suka cerita hantu yang memburu untuk membunuh. Rasa macam melebih-lebih pula apabila hantu mencari manusia untuk dibunuh walaupun hantu tu ada agenda sendiri.

Jalan cerita Lights Out terlalu laju untuk saya. Baru mula cerita dah ada pembunuhan. That escalated quickly. Saspens berakhir begitu saja. Trailer dah cukup cantik dah.

Sinopsis : Lights Out mengisahkan Sophie yang gemar duduk dalam gelap dan bercakap seorang diri seolah-olah berbual dengan seseorang. Tekanannya bertambah apabila suaminya mati di gudang dan teori bahawa Sophie hanya tertekan menjadi teori anak lelakinya, Martin sehinggalah Martin menyedari terdapat orang lain di dalam rumah selain ibunya dan dia. Dan menyebabkan Martin mendapat insomnia. Tak lena tidur jadinya!

Pernah tak anda rasa cemburu apabila kawan baik anda mempunyai teman rapat yang lain? Filem ini juga begitu cuma ia terlalu kejam apabila tiada siapa boleh dekat dengan Sophie. Kalau orang datang dekat, mereka akan dibunuh. Sampai anak-anak Sophie pun hantu tu nak bunuh!

Tapi sebab roh ini jugalah membuatkan anak perempuan Sophie iaitu Rebecca mengambil Martin keluar dari rumah untuk melindunginya. Walaupun tidak rapat kerana berlainan bapa dan Rebecca meninggalkan rumah sewaktu Martin masih kecil, tapi disebabkan hal ini mereka menjadi rapat. Dan bagaimana mereka bekerjasama untuk memastikan ibu mereka selamat. Saya suka dengan tema kekeluargaan yang ditonjolkan. Walaupun berlainan bapa, tak semestinya anda kena anggap mereka seperti orang asing.

Jalan cerita yang ringkas tapi anda tak boleh skip ikut suka hati sebab setiap babak berkait. Dan jika saya menceritakan dengan lebih-lebih di sini, seolah-olah saya sudah mendedahkan spoiler filem ni.

Apa yang saya dapat dari filem ini, jika anda mempunyai depresi, seek the expert. Take the medication as prescribed. Jangan ego dengan ubat seolah-olah dah sihat. Depression takes time to heal tapi tak bermaksud anda harus mengikut rentak depresi anda dan biarkan depresi menguasai diri anda. Fight and be healthy.

Masihkah anda ingat video filem pendek kami tentang schizophrenia?

 

Seek the expert before something bad happen.

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi