019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Semasa saya tahu filem ini diterbitkan oleh Walt Disney Pictures, harapan saya naik agak tinggi jugalah. Yalah, filem Disney mana pernah mengecewakan sebelum ni. Dan sewaktu menonton trailer, saya jangkakan filemnya adalah filem Tarzan versi moden. Filem ini adalah remake filem yang telah diterbitkan pada tahun 1977 dengan tajuk yang sama

Mungkin jangkaan saya melampau dan harapan terlalu tinggi, but nope. It’s not.

Pete’s Dragon mengisahkan tentang Pete yang berumur 3 tahun terlibat dalam kemalangan kereta bersama ibu bapanya. Pete selamat namun dia berlari ke dalam hutan. Di dalam hutan, dia dikejar oleh sekumpulan serigala namun diselamatkan oleh seekor naga yang diberi nama Elliot oleh Pete. Mereka tinggal berdua bersama-sama di dalam hutan.

Tonton filem ini untuk mengetahui lebih lanjut jalan ceritanya.

Saya merasakan tarikan utama filem ini adalah naga yang berwarna hijau dan berbulu. Have a nice pair of eyes pula tu. Kita kan selalu dah disogok dengan naga yang bersisik dan kulit yang tebal sampai kalau kita tembak pun tak lut. Tapi naga dalam ni squishy and so cute. Suka main hide and seek juga memandangkan naga ini mempunyai kelebihan untuk menyamar seperti biawak (baca : camouflage).

Apa yang saya perasan dalam filem ini adalah kerakusan manusia untuk berbuat apa saja demi wang dan nama. Ada sebilangan daripada mereka yang rakus menebang pokok hingga melebihi had yang telah ditetapkan. Terasa sayu apabila melihat tanah yang botak tanpa pokok sebab sudah habis ditebang.

Ada juga yang cuba menangkap Elliot demi mendapatkan nama. Kan naga. Kalau korang dapat jumpa telur naga pun, korang akan bangga dan beritahu kawan dengan lubang hidung kembang kempis kan? Lagilah yang dapat tangkap naga yang betul-betul besar.

Apa pula pendapat anda setelah menonton filem Pete’s Dragon ini? Adakah anda rasa kagum dengan jalan ceritanya atau rasa biasa-biasa saja?

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi