019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Sejujurnya, saya tidak berapa suka menonton filem-filem sebegini. Faktor terbesar adalah kerana saya tidak suka melihat watak utamanya mengatasi segala cabaran dengan risiko kematian 99.99% dan tiada tempat selamat untuk menyelamatkan diri.

Analogi mudah, jika kita terperangkap di dalam sebuah rumah yang sedang terbakar, kita tahu bahawa satu-satunya cara untuk selamat adalah keluar dari rumah tersebut. Tetapi sekiranya kita terperangkap di dalam kapal terbang atau mungkin saja kapal angkasa, kita tahu bahawa tiada tempat selamat untuk menyelamatkan diri.

Walaupun kebanyakan filem sebegini ada penamat yang melegakan hati, namun tempoh dua jam untuk menunggu penamat itu bukanlah suatu tempoh yang mengujakan.

Faktor utama yang mengujakan saya untuk menonton filem ini adalah kedua-dua watak utamanya. Siapa tidak kenal Chris Pratt dan Jennifer Lawrence? Keduanya menjadi terkenal selepas filem mereka, Guardian of the Galaxy dan Hunger Games menjadi hit. Saya cukup teruja untuk melihat Star Lord dan Katniss berlakon bersama.

Dan trailer yang dihidangkan cukup untuk membuat kita tertanya-tanya kesudahan filem ini. Ianya lebih menekankan kepada bagaimana dua insan ini hidup selepas tersedar lebih awal daripada biasa.

Saya mengharapkan bahawa trailer yang dihidangkan adalah bertepatan dengan kronologi filem ini. Saya tidak mahulah ianya lebih memfokuskan kepada kisah cinta mereka berdua pula.

 

 

Passengers bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Disember ini.

 

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi