019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Memandangkan ini adalah filem adaptasi kisah sebenar, saya mencari sumber yang berunsur kontroversi. Mana taknya, syarikat BP Petrol bertanggungjawab dalam hal ini tetapi tuduhan terhadap mereka digugurkan. Adilkah?

Deepwater Horizon merupakan tragedi sebenar yang berlaku di pantai selatan Louisana. Ia merupakan pelantar minyak di bawah pengurusan Transocean. BP merupakan salah satu client mereka. Atas paksaan pihak BP yang mahu melakukan semua dengan tergesa-gesa, mereka akur dengan melakukan negative pressure test. Tapi belum habis lagi test dan belum keluar lagi keputusan, mereka mengarah agar telaga minyak dibuka. Atas sebab tergesa-gesa, berlaku letupan yang sangat dahsyat. Kira-kira 11 orang terbunuh dalam tragedi ini.

Bagi mereka yang tak pernah tahu bagaimana orang yang berada di pelantar minyak bekerja, anda boleh tonton cerita ini. Malah yang sibuk kata duduk kat pelantar minyak je pun tapi gaji tinggi, lagilah wajib untuk tonton cerita ini. Kerja ini berisiko tinggi. Wajar saja mereka diberi imbuhan tinggi. Semakin tinggi pangkat, semakin banyak tanggungjawab yang harus dipikul dan keputusan yang harus dibuat, semakin banyak gajinya.

Filem ini bermula dengan pengenalan semua watak. Orang sekian-sekian bekerja di bahagian mana dan apa yang mereka kena buat. Kemudian cerita fokus kepada pihak BP iaitu Donald Vidrine yang menggesa agar telaga minyak dibuka dan digali dengan cepat. Klimaks pada paip yang tak mampu menahan tekanan dari telaga dan berlaku letupan. Penutup berakhir dengan senarai nama dan gambar pekerja yang terkorban dan tuduhan yang digugurkan terhadap pihak BP.

What makes me really sad apabila menonton penutup filem ini adalah setiap gambar pekerja yang terkorban adalah gambar mereka bersama keluarga mereka. Apa perasaan keluarga mereka apabila tuduhan manslaughter itu digugurkan?

Allahu, saya tidak mahu berada di tempat mereka. Berat untuk menangungnya. Tiada keadilan yang dapat ditegakkan oleh mereka.

Apa pun, salute kepada mereka yang bekerja di pelantar minyak. Kamu semua sangat berani!

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi