019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Surga yang Tak Dirindukan adalah filem yang berat jika anda inginkan pendapat saya. Berkisar tentang poligami yang bagi saya adakah saya patut bersetuju dengan cara Prasteya atau menentang seperti yang Arini lakukan?

Tujuan saya menonton filem ini pun sebab saya terjumpa trailer Surga yang Tak Dirindukan 2 yang turut dibintangi oleh artis Malaysia iaitu Nora Danish. Boleh tonton di sini. Filem yang kedua akan ditayangkan pada Februari 2017.

Perasaan ingin tahu tentang jalan cerita ini membawa saya ke filem ini. Malah trailer filem kedua menayangkan latar tempat mereka adalah di Budapest dan sinematografinya juga amat cantik. Takkanlah tak nak tengok kan?

Surga yang Tak Dirindukan mengisahkan tentang kisah rumahtangga Pras dan Arini yang sebelum ini bahagia bersama anak mereka, Nadia bergolak apabila Arini mengetahui Pras sudah berpoligami bersama Mei Rose. Mei Rose adalah seorang perempuan yang mengalami tekanan kerana ditinggalkan sewaktu majlis pernikahannya dan dia sedang hamil tujuh bulan hasil perselingkuhannya. Selepas percubaan Mei Rose membunuh diri, Pras mengambil keputusan untuk menikahinya supaya dapat menyelamatkan Mei Rose dan mengajarnya agama.

screenshot-8

Semakin lama saya menonton filem ini, saya cuba memahami kenapa Pras sanggup berkahwin lagi walaupun mempunyai keluarga yang bahagia. Anak perempuan yang ceria, isteri yang taat dan rezeki mencurah-curah; adakah logik untuk berkahwin lagi semata-mata ingin menyelamatkan seorang wanita?

Saya teringat dialog di antara Arini dan Mei Rose setelah rahsia poligami Pras terbongkar.

Mei Rose : Mas Pras itu telah hentikan usaha saya bunuh diri. He saved my life. Then one thing let to another and sekarang dia mengajarkan saya agama…

Arini : Dengan cara nikahin kamu? Iya? Hebat. Hebat kamu!

Perempuan dan emosi tak mampu dipisahkan. Walaupun Pras menjelaskan sebab dia berkahwin dengan Mei Rose, Arini tetap tidak dapat menerimanya. Siapalah yang mampu menerima suami berpoligami tanpa pengetahuannya?

Apa pun, filem ini mempunyai banyak quote dan pengajaran yang kita boleh ambil. Semoga penonton mampu menilai dengan baik dan mengambil yang baik untuk dijadikan pengajaran hidup.

Selagi Allah di hatimu, kamu tidak akan pernah menderita

 

We Educate

HAS Filmmaking Academy

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi