019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Bagaimana rasanya kehilangan orang tersayang? The Worst Years of My Life!

Rasa yang bercampur baur. Rasa perit yang tidak terbayangkan. Rasa sedih yang infiniti. Rasa bersalah untuk bergembira. Rasa sukar untuk menyebut namanya.

Dan kadangkala, kita masih terbayangkan dia masih ada di sisi, bergelak ketawa bersama.


Middle School: The Worst Years of My Life.

Niat asalnya, menonton kerana ia adalah sebuah filem mengenai budak sekolah yang melanggar peraturan sekolah; (berdasarkan trailer).

 

Siapa yang tidak menikmati cerita sebegini?

Filem komedi dan santai.

Kita pada awalnya diperkenalkan kepada Rafe, seorang kanak-kanak yang sudah beberapa kali dibuang sekolah. Dia adalah seorang pelukis yang hebat!

Dan dia bakal memasuki sekolah baru yang mungkin saja satu-satunya sekolah yang sanggup menerimanya sebagai pelajar.

Malang sekali, sekolah itu adalah sekolah yang terbaik di situ. Dan pengetuanya ingin mengekalkannya dalam kedudukan pertama!

Principal Dwight digambarkan sebagai seorang yang tegas dan follows by the book. Untuk memastikan pelajar-pelajarnya sentiasa cemerlang, dia menetapkan pelbagai jenis peraturan yang mampu membantutkan tumbesaran kanak-kanak.

Dan seperti biasalah, apabila ada pelajar baru, mestilah ada pembulinya.

Pada hari pertama lagi, Rafe telah diberi amaran oleh rakan sekelasnya untuk tidak membuat sebarang masalah dengannya. Lebih mengecewakan lagi apabila buku lukisannya dirampas dan dimusnahkan oleh Principal Dwight kerana mengganggu perhimpunan!

Mujurlah kawan baiknya (mungkin mereka ini mengalami nasib yang sama; sering bertukar sekolah) menghadiahkannya sebuah buku lukisan baru bagi menggantikan buku lukisannya itu.

57f73cbb3dd31-image_

Rafe (kanan) dan kawan baiknya

Dan kawan baiknya itulah yang mencetuskan idea untuk mereka melanggar setiap peraturan di situ secara rahsia (untuk mengelakkan dibuang sekolah lagi) bagi mengajar pengetua sekolah mereka.

Perkara-perkara yang dilakukan sangat bernas (mungkin saja kerana dia seorang yang kreatif) sehinggalah akhirnya pengetuanya mengambil tindakan drastik.

Kelasnya dituduh sebagai pencetus kekecohan di sekolah itu dan digantung persekolahan. Malahan guru mereka turut dipecat!

Kerana rasa bersalah, dia mengaku bersalah dan dibuang dari sekolah lagi!

Namun, setiap cerita memiliki penamat yang baik. Namun, bukan itu yang saya ingin tekankan di sini.


Kembali kepada topik utama kita hari ini. Kehilangan orang tersayang!

Dalam filem ini, digambarkan bahawa Rafe bertemu kembali kawan baiknya itu pada hari pertama di sekolah baru. Digambarkan kawan baiknya itu adalah seorang yang membawa pengaruh jahat kepada dirinya dan seseorang yang sangat suka melanggar peraturan dan bencikan sekolah. Dan rakannya itu adalah orang yang mencetuskan idea segala perkara-perkara mengarut!

*spoiler alert!! Read at your own risk!

Menghampiri penghujung filem ini, apabila ibunya mengetahui bahawa Rafe telah dibuang sekolah lagi, dia menegur Rafe kerana lambat memberitahunya bahawa Rafe kesunyian. Dia tahu bahawa anaknya menjadi sebegitu setelah kehilangan satu-satunya adik lelakinya, Leo. Leo meninggal dunia kerana kanser.

“But it’s worst for you.

Brothers. You guys had such a bond.

It was so different. And special.

And I know sometimes you pretend that he’s still here.

I know you pretend that Leo isn’t gone.

But he is, honey. Leo is gone.”

Pada momen itu, saya sebagai penonton mula memahami kenapa dia menjadi kanak-kanak yang suka memberontak dalam diam.

Dan kenapa filem ini dinamakan The Worst Years of My Life.

Bukan kerana dia bencikan sekolah. Bukan kerana dia di bawah seorang pengetua yang tegas.

Tetapi kerana peritnya untuk hidup bertahun-tahun selepas kehilangan orang tersayang.

Kemudian, kamera disorot kepada sebuah gambar di sisi katil Rafe menunjukkan keluarganya sebelum ini bersama Leo.

untitled

Sewaktu saya melihat gambar ini, waktu itu juga saya menjadi kaku. Segala babak antara Rafe dan Leo sebelum ini diputar balik. Kata-kata ibunya berlegar di kepala.

Oh My God! All those scenes!

Semuanya adalah dalam minda Rafe semata. Setiap wujudnya Leo dalam babak-babak sebelum ini adalah imaginasi Rafe semata.

¬†Waktu itulah saya terfikir, ‘ya, tiada siapa yang berinteraksi dengan Leo kecuali Rafe!’

Sekarang filem komedi sudah bertukar genre! Emosi!

Dan waktu yang paling memeritkan adalah ketika Rafe mahu melepaskan Leo.

“I was just hanging around until you made some real friends.

Ianya sangat perit untuk membayangkan bagaimana untuk bergerak ke hadapan dan meninggalkan kehidupan bersamanya di belakang.

Lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak. Mereka lebih merasai keperitan itu atas dasar perasaan dalam hubungan yang terjalin antara mereka lebih kuat. Sejujurnya, kita sendiri pun tidak dapat membayangkan bagaimana susahnya untuk mereka move on.

But sometimes, let them go. Life must goes on. And memories are to be kept.

We Educate

HAS Filmmaking Academy

 

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi