019 - 255 8956 thehasfa@gmail.com

Tipikalnya kita akan mendengar ‘dear diary..’ dalam kebanyakan cerita berkisar kaum Hawa. Ia seolah-olah melambangkan bahawa diari atau jurnal adalah suatu barang yang sangat berharga dalam kehidupan seorang wanita. Ya, mungkin juga benar. Diari menyimpan perkara paling melucukan malahan rahsia paling gelap di dalamnya.

Ah, endahkan diari! Perenggan di atas hanya sekadar lencongan semata.


Kita berbalik kepada tajuk di atas, Dear Zindagi. ‘Dear’ tu perkataan bahasa Inggeris. Namun apa pula ‘Zindagi’ ini? Bagi sesiapa yang sudah biasa dengan bahasa Hindi atau Hindustani iaitu bahasa normal filem Bollywood, mereka tidak akan berasa aneh mendengar tajuk ini.

‘Zindagi’ kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu adalah ‘kehidupan’. Wah, jika digabungkan; ‘Wahai Kehidupan…’ Seolah menyapa kehidupan dengan lembut dan positif. Hah, rasanya hanya orang yang berfikiran positif saja akan menyapa kehidupan dengan cara sebegini!

 

Saya tidak sengaja terserempak dengan teaser nya ketika sedang melayari YouTube (tipikal jika anda seorang penggemar filem untuk mencari secara rawak trailer-trailer baru di YouTube).

Dilakonkan oleh Alia Bhatt sebagai watak utama. Semestinya saya tertarik untuk menonton teaser ini kerana Shah Rukh Khan! Di dalam teaser ditunjukkan babak Alia sedang menunggang basikal bersama Shah Rukh Khan. Mereka kelihatan gembira dan seperti bersahabat baik.

Saya menjengah wayang dengan zero expectation (saya cuma mengharapkan yang ia bukannya kisah cinta) tetapi pulang dengan full satissfaction!

Mungkin kerana cerita itu bertepatan dengan situasi emosi yang saya alami sekarang (ehem) tetapi saya menangis ketika setiap kata-kata yang diucapkan memanah tepat ke dada. Jiwa terasa sebak dan seolah-olah terasa ingin memeluk penulis skrip dan pengarah filem ini kerana filem ini seolah-olah memahami situasi saya. Wow!

Dear Zindagi menceritakan mengenai seorang wanita (Alia) yang berada di puncak karier nya sebagai seorang videografer tapi gagal dari segi hubungan percintaan. Dia adalah seorang wanita yang cantik dan diminati ramai namun sering mengambil langkah yang salah dalam bercinta. Hubungannya sering tidak bertahan lama kerana dia mengamalkan prinsip “dump him before he dumps you!”. Dia dituduh sebagai seorang perempuan murahan kerana sentiasa bertukar teman lelaki.

Lebih-lebih lagi apabila dia sering menerima tekanan daripada ibu bapanya untuk berkahwin kerana dia dikatakan sudah mencapai usia layak berkahwin. Jadi dia jarang pulang bertemu ibu bapanya menyebabkan hubungan kekeluargaannya juga renggang dan kekok. Malang sekali, dia akhirnya terpaksa pulang tinggal bersama ibu bapanya apabila rumahnya diambil secara paksa kerana status bujangnya! Dia mengalami tekanan.

Kemuncaknya apabila dia tiba-tiba mengetahui teman lelakinya yang terkini dikhabarkan bertunang di luar negara. Hal ini menyebabkan dia mengalami tekanan yang  lebih besar kerana akhirnya perkara yang paling ditakutinya terjadi: ditinggalkan. Dia mengalami insomnia dan sering menangis bersendirian.

Sehinggalah dia akhirnya mengambil keputusan untuk menjalani terapi bersama seorang doktor. Dr. Jehangir Khan.

*drum rolls

Doktor tersebut adalah Shah Rukh Khan!

*dia mungkin hanya bertindak sebagai penarik cerita. Lebih-lebih lagi syarikatnya yang menerbitkan filem ini.

Sesi terapinya hanya sejam seminggu. Namun cukup mengesani jiwa saya. Hahah, mungkin benar kata orang!-seperti bukan Alia Bhatt yang sedang melakukan terapi bersama Shah Rukh Khan tetapi kita-

Setiap nasihat yang diberi adalah jalan penyelesaian. Terapi yang dijalankan pun lebih santai. Setiap yang dipandang negatif oleh Alia dipandang positif oleh Shah Rukh Khan.

Sebagai contohnya, mengenai sikapnya yang sering bertukar lelaki. Dunia akan memandangnya sebagai perempuan murahan. Namun, Shah Rukh Khan mengubah pandangan itu dengan mengutarakan sesi memilih kerusi.

“Did you just go into a shop and buy the first chair you saw?”

“Some chairs may be comfortable but look like shit, others look nice but are hard on the butt.

So the process starts, chair after chair; how many chairs we check out

before we find that one chair!

If we look for so many options just to buy a chair

then shouldn’t we look at options when choosing a life partner?”

Hah, saya tidak pasti kata-katanya atau muzik rancak yang seolah-olah bersorak “yeah we did it!” sebagai background yang lebih menimbulkan perasaan full accomplishment kepada saya selepas setiap sesi terapi. Namun, memang terasa berbekas di jiwa.

Terapi itu nyata berkesan!. Dia lebih terbuka menerima hidup nya dan berusaha membaiki hubungannya dengan ibu bapanya. Setiap rasa yang dipendamkan diluahkan sekelip mata sahaja.

Dan saya yakin setiap sesi terapi bukan sahaja mengubah pemikiran negatif Alia Bhatt terhadap kehidupan; malah turut mengubah pemikiran penonton juga terhadap kehidupan mereka.

Jadi kalau anda rasa anda bermasalah, tontonlah filem ini. Jiwa yang lara pasti terubat!

We Educate

HAS Filmmaking Academy

 

Share This

Belajar sesuatu?

Kongsi sekarang kepada rakan anda!

DAPATKAN SURAT KONGSI INSPIRASI!

Kongsikan e-mel anda di sini untuk kami inpirasikan dan hantarkan update artikel terbaru & freebies terus ke dalam inbox anda! Lebih tenang kan?

 

Tahniah! Mari sama-sama kita kongsi inspirasi